BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM....~ASSALAMUALAIKUM~..

Wednesday, October 31, 2012

zikir Taubat-Ahmad Munif



ASSALAMUALAIKUM...:)

di kala hatimu runsing memikirkan sesuatu, di kala fikiran mu terganggu memikirkan dosa2 yg telah dilakukan tanpa kamu sedari, ayuh alunkanlah zikir ini..moga ia dapat melenyapkan gusar dihatimu.

fN sendiri bila dengar zikir nie, sayu je hati..cepat je mnitis air mata nie..mungkin terkenangkan betapa byknya dosa kita sbg hamba Allah di muka bumi ni..astaghfirullah..insya-ALLAH jika zikir ni diamalkan setiap kali selepas solat, hati dn jiwa kita lbih tenang dan jauh dari sgala dosa..mudah2an..




Astaghfirullah Rabbal Barroya 
(Ampunilah Hamba Ya Allah Maha Penerima Taubat)
Astaghfirullah Minal khotoya.
(Ampunilah Hamba Ya Allah Daripada Segala Dosa) 
...4X

Rabbi zidni 'ilman naa fi'a 
(Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna)
Wa wa fiqni 'amalam maqbula 
(Dan berikanlah aku amalan yang dimakbulkan)
Wa Wa habli rizqan waasi'a 
(Dan kurniakan kepadaku rezeki yang meluas)
Wa tub 'alaia taubatan nasuha 2X
(Dan perkenankan taubatku dengan taubat nasuha)

Astaghfirullah Rabbal Barroya 
(Ampunilah Hamba Ya Allah Maha Penerima Taubat)
Astaghfirullah Minal khotoya. 
(Ampunilah Hamba Ya Allah Daripada Segala Dosa) 
...2X

Rabbi zidni 'ilman naa fi'a 
(Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna)
Wa wa fiqni 'amalam maqbula 
(Dan berikanlah aku amalan yang dimakbulkan)
Wa Wa habli rizqan waasi'a 
(Dan kurniakan kepadaku rezeki yang meluas)
Wa tub 'alaia taubatan nasuha 2X 
(Dan perkenankan taubatku dengan taubat nasuha)

Astaghfirullah Rabbal Barroya 
(Ampunilah Hamba Ya Allah Maha Penerima Taubat)
Astaghfirullah Minal khotoya. 
(Ampunilah Hamba Ya Allah Daripada Segala Dosa) 
...2X

Tuesday, October 23, 2012

HARTA uJiaN dUniA


Harta?

Apa itu harta bagi kita..?first impression masa awal2 blajar tajuk HARTA dlm kelas ctu, aku terfikir bila ustzah tnya apa yg kta fham dgn mksud harta?

Dalam fikiran aku, sudah tentu lah harta itu sesuatu yang bernilai, yang mahal, yang berharga, nilaiannya yang tinggi pada pandangan manusia..
okay kt sini, maksud harta tu luas..samada kita memiliki harta tersebut dalam bentuk fizikal, manfaat atau kedua2nya sekali..
yup, tepat! Harta adalah sesuatu yang bernilai pada manusia, yang manusia perlukan, yang dpt mmbantu manusia ketika kesusahan.

Allah sendiri berfirman:

“ sesungguhnya bagi setiap umat itu mempunyai ujian dan ujian bagi umatku adalah harta kekayaan”-riwayat Tarmizi




Harta pada asalnya adalah baik, manusia adalah sebagai penjaga dan Allah yang sebenarnya pemilik mutlak harta2 tersebut..subhanallah..

Tapi, kdg2 kita sendiri terleka dgn kurniaan Allah dan begitu senang rasa riak dan takbur dengan nikmat sementara itu..

..hadis ada juga mengatakan “di dalam harta kita terdapat harta org lain”…kita boleh lihat btapa Allah s.w.t itu sgt lah adil..dia mmbuka peluang kpada manusia utk berbakti kpada org lain, berkongsi harta mereka dgn org yg kesusahan..di sinilah manusia boleh berebut2 mngejar ganjaran pahala kerana Allah sendiri menjanjikan pintu rahmat pada mereka yg tidak lokek dgn harta dunia..

Ya allah..kdg2 kita selalu berkira2 walaupun hendak bersedekah..manusia, seringkali dihasut tipu daya syaitan..setiap kali nak melakukan kebaikan, setiap kali itu lah syaitan membisikkan sesuatu..nauzubillah..
..sebenarnya, apa jua harta yg kita sedekahkan walaupun kita sendiri tk mampu memilikinya kembali, kita akan dibuka ruang oleh Allah untuk mendapatkan harta itu semula berkali ganda.


fN ambil kisah seorg sahabat fN, Lena(bkn nama sebenar)..dia prnah crta pda fN..
satu hari ni, ade kutipan derma kt sekolah dia..derma utk rakyat di Syria yang sedang kesusahan.
Mase tu, ada org dtg kutip derma dri kelas ke kelas.
Sampai shaja kelas dia, plajar yg buat kutipan tu cakap “ derma lah dgn ikhlas, kerana derma adalah sedekah dan sedekah itu pelaburan di hari akhirat”..
Lena kate mase tu duit dalam kocek dia ade RM1,,
buat belanja waktu rehat..budak2 kelas yang lain setiap kali minta derma, semua tunduk.
adalah sorg dua shaja..sebab bg mereka, sapa yg mnderma ni dianggap skema.
n kononnya belagak tunjuk banyak duit..duit Lena tk bnyak pun time tu..
apatah lgi nak belagak..mereka org kmpung,
skolah pun kt kmpung..tpi dia derma krna Allah..
dia hulurkan duit RM1 dengan senyuman dan dalam hati “tak banyak mana pun nilai ni jika dibandingkan nikmat yang Allah berikan..alhamdulillah”..
dia kte waktu rehat nnti, duduk je kt kelas, tahan saja laparnya..balik rumah pun boleh makan..
tiba2, kwan baik Lena dtg mase dia tgh duduk2 kt kelas..”Lena, jom pi makan, mak aku bekalkan makanan utk kau sekali..dia thu kau suke murtabak megi nie..”
…Lena menolak keras,,tpi akhirnya dia ikut jugak..Alhamdulillah rezeki tk diduga katanya.
lpas tu di kantin, mgkin dsbbkan hari tu pelajar tk ramai, tba2 makcik yg kerja di kantin tu mmgil Lena “anak, amik ni ha makanan..ade lebih nie ha rezeki kamu..”..
bukan selalu tk habis..agknya hri ni ramai org yg tk dtg,,mgkin dh hjung2 thun gamaknye..”…
Lena terkaku “sbnrnye makcik,sye bru lepas makan..tpi tkpe la..sya bawak balik makanan ni utk adik2 di rumah la ye..”


Huh, penatnye fN bercerita psal Lena..maaf Lena, sy pinjam story awak sbb awaklah sumber inspirasi saya..:")
tpi nmpk kan..btapa Allah itu adil..dia uji diri kita, dan jika berjaya kita menempuh ujian itu,
dia anugerahkan nikmat yg berkali ganda..begitu juga harta..
harta yg kita ada bukan sepenuhnya milik kita..bila2 masa sahaja Allah boleh tarik.
Astaghfirullahalazim..

kisah lain pulak, mkcik fN...dia selalu pesan..katanya "kalau kita beri brg yg kita syg pda org lain, insyaallah  Tuhan akan ganti balik brang yg serupa lebih dri tu, insya-Allah."
sbnrnya ape yg kita dgr tu ada betulnya...
sama2 muhasabah diri..kita manusia..semua sifat2 yg keji tk lari dari diri kita..
HARTA yg kita ada walaupun sedikit, berkongsilah dgn ikhlas..maksud berkongsi itu luas, samada memberi, menghadiahkan, bersedekah atau mcm2 lagi..semakin banyak kita sedekahkan, insyaallah ia akan bercambah..
 ingtlah, jika baik dn ikhlas di hati, insyaallah Tuhan akan beri yg terbaik..
jika kita buat kebaikan, tapi mengharapkan satu balasan, Allah pasti menguji kita lebih dari tu utk lihat sejauh mana kita hebat merancang..right dear..:)


"Ya Allah, jauhkan aku dari sifat keji itu, jauhkan aku dari merasa susah walaupun ketika hendak berbuat kebaikan di jalan-Mu..
kiranya aku insan terpilih, kau berikan lah aku kekuatan menempuh ujian-Mu yg getir ini..
jauhkan aku dri sifat lagha, riak dn takbur dgn segala nikmat yg engkau berikan padaku.
ini semuanya pinjaman sementara,,aku percaya selagi di bawah lindungan-Mu, sejuta keredhaan hingga ke syurga."-aminnn

Monday, October 22, 2012

menggapai Redha ILAHI




"Wanita adalah hiasan dunia dan sebaik-baik wanita di muka bumi Allah yang agung ini adalah wanita yang solehah"

Tiada lelaki yang tidak mahukan seorang wanita untuk dijadikan teman hidupnya memiliki ciri-ciri wanita solehah. begitu juga wanita, mereka mengimpikan seorang lelaki yg soleh sbagai teman hidupnya, yg bukan sahaja dpt menjaga rumah tangga tetapi membawa cinta mereka ke syurga.

fN terpanggil utk kongsikan sebuah cerita ni..ustazah fN ada crita pada fN betapa tingginya kedudukan wanita di sisi Allah..kaum wanita yg solehah dimuliakan, subhanallah..fN tringin jadi seperti ini..insyaallah, jika ALLAH mengurniakan fN jalan kehidupan yang indah di sisi-Nya..



Dalam sebuah riwayat mengatakan bahawa seorang lelaki munafik yang sangat kedekut telah bersumpah kepada isterinya supaya tidak menyedekahkan sesuatu apa pun kepada orang lain. Maka suatu hari datang seorang peminta sedekah ke rumah wanita itu ketika suaminya tiada di rumah. Peminta sedekah itu berkata, “Wahai penghuni rumah, tolonglah berikan aku sesuatu”.
Sebaik sahaja isteri orang munafik itu mendengar permintaan peminta sedekah, lalu diberinya 3 keping roti. Lalu peminta sedekah itu berlalu dan mengucapkan terima kasih. Dalam perjalanannya, dia bertemu dengan lelaki munafik tersebut lalu lelaki munafik itu bertanya kepada peminta sedekah, “Di manakah kamu mendapat roti ini?” Maka pengemis menjawab, “Orang di rumah sana memberiku”.
Orang munafik mengetahui bahawa rumah yang dimaksudkan adalah rumahnya, lalu dia pulang dengan perasaan marah dan berkata kepada isterinya, “Bukankah aku telah melarang kamu dari memberikan sesuatu apa pun kepada sesiapa?” Isterinya menjawab, “Aku berikan roti kepada pengemis itu kerana Allah S.W.T”.
Apabila orang munafik itu mendengar kata-kata isterinya, maka dia menjadi sangat marah lalu menyalakan dapur rotinya sehingga panas. Kemudian dia berkata kepada isterinya, “Berdirilah dan campakkanlah diri kamu ke dalam api ini kerana Allah”.
Isterinya akur dengan kehendak suaminya lalu memakai perhiasannya dan berhias sehingga cantik. Orang munafik itu berkata, “Kamu jangan pakai perhiasan-perhiasan ini”. Isterinya menjawab, “Seorang kekasih akan memakai perhiasan untuk kekasihnya, sedangkan aku adalah orang yang sedia berkunjung pada kekasihku (Allah)”.
Setelah itu, wanita tersebut terus terjun ke dalam dapur tempat membuat roti yang panas lalu orang munafik tesebut menutup tudung dapur dan beredar dari situ. Setelah tiga hari, orang munafik itu pun membuka tudung dapur dan dia terperanjat apabila melihat isterinya itu masih sihat tanpa terdapat apa-apa kecacatan pada dirinya berkat kuasa Allah.
Kemudian terdengarlah orang munafik itu suara dari langit yang berkata, “Kamu tidak mengerti bahawa sesungguhnya api tidak akan membakar kekasih-kekasih Kami”.

Allah s.w.t berfirman, terdapat beberapa ujian yg perlu ditempuhi manusia demi mngenal cinta kpda-Nya..


Ujian pertama ialah; 


Dia hendaklah tidak benci kepada mati karena tidak ada orang yang enggan bertemu dengan sahabatnya. Nabi Muhammad saw bersabda; 

"Siapa yang ingin melihat Allah, Allah ingin melihat dia." 

Memang benar ada juga orang yang ikhlas cintanya kepada Allah berasa gentar apabila mengingat kedatangan mati sebelum ia siap membuat persediaan untuk pulang ke akhirat, tetapi jika betul-betul ikhlas dia akan bertambah rajin berusaha lagi untuk membuat persediaan itu. 


Ujian kedua ialah;


Dia mestilah bersedia mengorbankan kehendaknya untuk menurut kehendak Allah dan berupaya mendekatkan diri kepada Allah serta benci kepada apa saja yang menjauhkan dirinya dengan Allah. 

"Jika orang bertanya kepada mu apakah kamu cinta kepada Allah, hendaklah kamu diam karena jika kamu kata: "Saya tidak cinta kepadaNya", maka kamu kafir dan jika kamu berkata, "Saya cinta", maka perbuatan kamu berlawanan dengan katamu." 


Ujian ketiga ialah;


Ingat kepada Allah itu mestilah sentiasa ada dalam hati manusia itu tanpa dipaksa. ruang mengingati Allah seharusnya melebihi ruang mengingati manusia yang bersifat sementara. subhanallah.


Ujian keempat ialah;


kemudian menunjukkan adanya cinta kepada Allah ialah bahwa seseorang itu cinta kepada Al-Quran, yaitu Kalam Allah, dan cinta kepada Muhammad yaitu Rasul Allah.

" Jika cintanya benar-benar kuat, ia akan cinta kepada semua orang, karena semua manusia itu adalah hamba Allah. Bahkan cintanya meliputi semua makhluk, kerana orang yang kasih atau cinta kepada seseorang itu tentulah kasih pula kepada yang dibuat oleh kekasihnya itu dan cintanya juga kepada tulisan atau karangannya." 

Ujian kelima ialah;

 ia suka duduk bersendirian untuk maksud beribadat dan ia suka malam itu lekas datang agar dapat berbicara dengan rakan atau sahabatnya tanpa ada yang menggangu. Jika ia suka berbual-bual di siang hari dan tidur di malam hari maka itu menunjukkan cintanya tidak sempurna. Allah berfirman kepada Nabi Daud, 


"Janganlah terlampau karib dengan manusia, karena ada dua jenis manusia tersingkir dari MajlisKu: yaitu mereka yang bersemangat mencari ganjaran dan menjadi pemalas apabila mereka mendapat ganjaran itu; dan mereka yang mementingkan diri mereka sendiri lalu melampaui aku. Tanda tidak redhanya aku ialah aku biarkan mereka begitu saja." 

 Seorang dari Bani Israel telah menjadi kebiasaan sembahyang di malam hari. 



Sebaliknya ada pula orang yang terlalu cinta kepada Allah, suatu hari sedang ia melakukan ibadatnya kepada Allah rumahnya telah terbakar, tetapi ia tidak nampak dan sadar rumahnya terbakar. 


Ujian keenam ialah;

 ibadatnya menjadi senang sekali. Seorang Wali Allah ada berkata, 

"Dalam tiga puluh tahun yang pertama saya melakukan sembahyang malam dengan susah payah sekali, tetapi tiga puluh yang kedua sembahyang itu menjadi indah dan lazat pula kepada saya."
 Apabila cinta kepada Allah itu sempuna, maka tidak ada keindahan yang sebanding dngan keindahan ibadat. 

Ujian ketujuh ialah;


 orang yang cinta kepada Allah itu akan cinta kepada mereka yang taat kepada Allah dan mereka benci kepada orang-orang kafir dan orang-orang yang derhaka kepada Allah. Al-Quran menyatakan 

"mereka itu bersikap kasar kepada orang-orang kafir dan berkasih sayang sesama mereka sendiri." Suatu masa, Nabi bertanya kepada Allah, "Wahai Tuhan, siapakah kekasihmu?" Terdengarlah jawapan, 


"Siapa yang berpegang teguh kepadaKu seperti bayi dengan ibunya, mengambil perlindungan dengan MengingatiKu seperti burung mencari perlindungan disarangnya, dan yang marah melihat dosa seperti singa yang marah yang tidak takut kepada apa dan siapa pun."



Dari kisah ini apa yang dapat disampaikan adalah mereka yang benar-benar mencintai Allah dan agamaNya akan terselamat dari siksaan api di dunia mahupun api neraka di akhirat kelak. Jadi mari sama-sama kita muhasabah diri di manakah kedudukan kita di sisi Allah kini? Apakah kita ada perasaan seperti wanita tersebut yang begitu cintakan Allah? Sama-sama kita renungkan.- fN