BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM....~ASSALAMUALAIKUM~..

Saturday, August 29, 2015

Jom Jalan2 di Melaka: Tempat2 menarik sekitar Melaka

Assalamualaikum, 
so entry kali ni suka untuk fN share la serba sedikit keindahan bumi hijau Melaka. 
Asyik pergi negeri orang, tak sedar negeri sendiri pun belum sempat jelajah habis.hehe. 
Actually fN ni memang kaki jalan, plus suka sangat tempat2 yang ada unsur2 kesenian, 
alam semulajadi and paling penting tempat tu bebas dari hiruk pikuk manusia.


Melaka ni mmg banyak sgt tempat jalan, nice view untuk photoshoot and so on. 
Antara tempat2 familiar adalah seperti;

 A Famosa
Dataran Pahlawan
Banda Hilir
Jonker Walk
 Malacca River Cruise 


Uishh, banyak sangat tempat2 bersejarah kalau nak list kan
belum termasuk lagi masjid, sungai, makam diraja, perigi Hang Tuah. bla..bla..bla
Untuk orang luar yang datang Melaka, please lah spend time lama sikit sebab sehari nak berjalan mmg tk puas!
hihiks!



So, pada hari tersebut fN plan nak pergi Taman Mini Malaysia&Asean untuk throwback sejarah2 lama and menikmati keindahan seni. 
Best untuk sesiapa yang minat dengan hasil seni ni. 
 for those yang mcm takde perasaan seni ni mungkin rasa macam takde feel kann. 
ye la setakat tengok rumah2 setiap negeri je pun
dalam hati mesti  cakap 
"wei, ape yang seninya weii. tu yang aku duduk tu pun rumah jugak. celah mana seni!"
haha
but not fN. siap request nak rumah kampung mcm tu .haha
setiap rumah nak masuk, hayati keindahan seni
dalam hati ." i wish that this house will be mine one fine day"(berangan lah kau!)


HARGA TIKET?

Dari segi ticket price, so far mmg affordable lah. 
Untuk dewasa, RM18. Kanak2 RM12 (with mycard). 
Untuk tourist(without mycard)
a bit different lah. 
tak silap fN dia charge around RM21 for adults and RM15 for children.

*price will be changed from time to time.



AKTIVITI DI TAMAN MINI?

So, kalau korang datang sini..korang boleh tengok tarian kebudayaan pelbagai negeri. 
Ada dua session, on 11 a.m and 2 p.m.
penting untuk rancang masa kalau betul2 nak tengok okay!

Then, ada juga orang2 yang buat kuih tradisional and jual dekat situ.
Jangan pelik kalau masuk mana2 rumah nampak makcik2 tengah duduk bersila buat kuih kapit ke apa.
tu betul manusia, bukan hantu.hahaha
karang ada yang berlari pulak terkejut.
makcik2 tu ambil peluang menjana pendapatan, tp okay what. kalau teringin rasa kuih tradisional panas2 boleh terus cuba okay. 
tp, bukan free tau!hehe


For those yang berminat untuk menunggang kuda pun ada jugak. bayaran around RM10-15 :)



FASILITI?

  • Surau
  • Tandas
  • Galeri menjual alatan seni
  • Kedai jual minuman dan makanan ringan



jom fN belanja tengok gambar2 !



RUMAH PERLIS




RUMAH KEDAH
bergambar di pelamin (RUMAH KEDAH)

LEPAK SANTAI MINUM2..(nampak tak ada orang berniaga tu?)

RUMAH SELANGOR. 


 RUMAH SELANGOR(ruang bersantai)

RUMAH SELANGOR(dapur)

RUMAH TERENGGANU

RUMAH SABAH. (comel kan?)hehe

RUMAH SABAH(dalam)

view dari titi. tenang je duduk lepak sini!

RUMAH SARAWAK (satu2nya rumah yang dipagar tak boleh masuk.ohh ruginya!)



Alright!sekian sahaja dari fN.
Jangan lupa sesiapa yang jalan2 Melaka singgah sekali RESTORAN PAK PUTRA dekat area jalan Kota Laksamana!(sila lah waze.haha)
 Roti naan cheese dia pehhhh tangkap leleh
terbaik! selalu buat fN craving.


Nak jalan area2 lain sekarang banyak tempat dah!
yang terbaru ni THE SHORE (ada SKYTOWER yang tinggi gila nak mati.haha boleh nampak view 1 Melaka)
, PANTAI KLEBANG, DATARAN 1 MALAYSIA,
and so on.



SELAMAT BERGEMBIRA! 


PETUA BERPANTANG CARA TRADISIONAL DAN KEBAIKANNYA.

Assalamualaikum

haa kat sini ada beberapa petua tradisional atau tips2 ketika berpantang yang
 fN nak kongsikan untuk pembaca. 
Ehem, actually bukan fN la yang bersalin tp kakak fN sendiri. 
Cuma berpeluang jaga dia masa dia berpantang untuk dua2 orang anak dia ni, 
alhamdulillah ada la ilmu tu sikit2 untuk kahwin nanti..LOL.haha


1. Macamana cara pemakanan orang berpantang ye?


FIRST TWO WEEKS


Untuk minggu pertama hingga kedua berpantang, elakkan makan makanan yang berkuah/berair. 
Kata orang2 dulu, masa awal2 bersalin tk elok makan basah2 tim. 
Makan kena yang kering je.
 Valid reason pun fN tk tahu tp bila ditanya 
“taknak yang dekat tuuttt tu basah je. (faham2 sendiri la kan).
Nak luka tu cepat kering kononnya”.haha 
fN senyap je la dengar, mungkin ada juga baiknya kan. 
So, untuk kakak fN berpantang ni , fN akan masakkan dia ikan panggang (balut daun kunyit/daun pisang) and sayur sawi most of the time. 
Dia pun tak cerewet mana, sebab dah ada pengalaman masa anak pertama pun makan benda yang sama hari2. Kena lah bertahan kan utk 44 hari, kalau nak badan sihat cepat.
 Jaga makan tu sangat2 penting okay!


Haa part sayur ni kena la take note sikit sayur apa yang sesuai makan and apa yang tak. 
Contoh, sayur sawi paling bagus untuk orang berpantang sebab tak sejuk. 
Kalau sayur mcm kobis, lobak, kangkung semua tu mmg tk bagus. 
Bukan apa, kata org tua sayur yang sejuk ni effect kat badan kita jugak. 
Then, kadang sesetengah baby perut dia akan cepat kembung kalau ibunya salah makan.


So, for the first two weeks ni elakkan makan benda2 ni;

  • -          Kunyit hidup/serbuk. Depends on baby, selagi kuning dia belum hilang jangan berani2 nak makan.
  • -          Lada hitam. Masa awal2 tk digalakkan makan lagi sebab takut badan panas.
  • -          Ikan yang gatal. Contoh, mcm cencaru and so on la. Actually, jenis ikan ni pun depends on someone tu whether dia boleh makan ke tak or dia rasa gatal2 ke tak dekat “situ”. I means kt situ la yang kena jaga kan. Nak elak gatal and so on. So, bak kata ibu,  actually ikan gelama ni yang paling sesuai . fN pun taktau kenapa. so, ikut la ikan apa pun yg penting org yg makan tu tk rasa gatal2 ke apa.



THIRD WEEK 

Masa minggu ketiga berpantang tu baru lah boleh makan yang berlada hitam or berkunyit ni. 
Sebab dua2 tu sebenarnya sgt2 bagus untuk dalaman wanita. 
Masa ni dah boleh nak makan makanan yang berkuah. 
Luka pun dah kering sikit. baby pun dah hilang kuning.
But, most of the time kakak fN akan makan ikan panggang, sayur sawi, ikan bilis goreng tumbuk dengan lada hitam dan bawang. 
Fuhhhh! Pernah jugak try. Sedap walawehh!!



2. Apa yang perlu dilakukan masa mula berpantang sampai habis?


BERURUT


FIRST, untuk yang bersalin normal boleh la cepat2 call mak bidan suruh datang urut ye.:) 
Make sure korang dah mmg plan nak berurut dengan siapa2 
yang korang selesa ye before bersalin lagi.
 Takut2 mak bidan yang sibuk tu tak menang tangan pulak.
 So,penting untuk reserve awal2 mak bidan yang anda mahu. 
Selalunya, orang akan berurut selama 3 hari berturut2. 
Mak bidan ni akan buat lah segala macam benda macam bertangas, 
bertungku, mandikan baby, urut, pakaikan bengkung and 
siapkan kita mcm puteri sampailah last buatkan sekali dia akan buat sengkak untuk naikkan balik peranakan.. 
Time ni pun fN dapat jugak tengok every single things, 
dari mencari daun untuk rebusan nak mandi tu sampailah siap urut semua. Fuhh!


Actually, mak bidan yang urutkan akak fN ni mak angkat fN. fN panggil dia "MAK"
So, selain tanya ibu, suka jugak tanya dia petua2 kampung ni
.Untuk bertangas pun, mak siap bagi petua semua daun apa yang sesuai untuk badan. 
Penting kita ni dari anak dara jaga dalaman, so that bukan untuk elak penyakit je tapi untuk kekuatan fizikal kita jugak! 
 Untung jugak duduk kampung ni, nak daun2 herba semua ada keliling rumah. 
Senang sikit..hehehe


BERTANGAS DAN MANDI HERBA

                                                              APA BERTANGAS TU?
               Bertangas ni mcm sauna la jugak. Tapi kita buat kat rumah guna peralatan sedia ada.
Sini, fN share macamana nak bertangas and mandi herba ni. 

  •       Daun pokok pisang batu (kering and layu). Make sure ambil daun pisang dari pokok yang dah kering ala2 nak gugur dan rebah ke bumi. But, please jangan ambil daun yang dah gugur atas tanah tu sebab kotor dah tu. Kita, nak buat mandi kan.:) . kenapa daun pisang kering? Bak kata orang2 tua, sebenarnya nak wangi daun tu. Then, fN tanya kenapa kena yang kering? Boleh je yg biasa tu kan. Dia jawab “sebab mcm nak elak benda2 halus ni...” Wallahualam

  • Daun Sireh. Haa nii kedua terpenting. Sireh sangat2 lah bagus untuk kesihatan. Nanti fN akan kongsikan kebaikan sireh tu sendiri di mana fN sendiri telah pun mencubanya dari awal lagi. Tak payah beli kat kedai2 jamu sbbnya most of the product kat pasaran tu dah bercampur bahan kimia. And ia membahayakan wanita sebenarnya. So, the original is better!



  •                Daun pandan
  •           Daun kunyit
  •           Daun pokok lengkuas
  •           Daun limau purut
  •          Daun durian belanda



p/s: setiap daun2 tu ada keistimewaan sendiri. yang paling penting boleh boost up energy untuk ibu2 and untuk dalaman wanita.:)


So, rebus semua daun2 ni dalam satu periuk besar. 
 Untuk sessi bertangas ni, kena ada dua helai selimut tebal. 
Make sure yg memang tebal sampai udara tk boleh keluar masuk. 



CARA2 BERTANGAS:


- First thing first, kena ada kerusi plastik yang mana ada celah2 lubang so that wap dari air rebusan tu boleh sampai ke atas badan .(contoh kerusi mcm kt rumah2 orang kenduri tu) Kerusi tu kan macam ada berlubang2 sikit dekat tempat duduk tu, so that dapatlah wap naik atas.


-Kedua, balut badan kita dengan dua selimut tadi( time tu kita dah duduk atas kerusi ), balut badan n kepit seliput tu guna penyepit baju or ape2 je so that tkde lah dia jatuh2.


- Letak periuk air rebusan tu dibawah kerusi. time ni memang kita perlukan bantuan sesiapa je, selalunya mak bidan akan buatkan. kalau mcm fN nak buat sendiri, kena letak periuk siap2 then kena balut sendiri badan dgn selimut tebal tu. takdak sapa nak tolong. please fN jangan mengada.T_T)

    - So, duduk la korang selama mana pun dekat situ sampai rasa badan dah ringan sikit, peluh2 semua dah keluar. Around 30-40 minit tu bagus..! fN lagi suka lama2 fuhh mmg rasa ringan kepala and satu badan.



Alright, sampai sini dulu la. penat jugak jari jemari ni. InsyaAllah petua2 lain akan dikongsikan di ruangan yang lain. Salam sayang dari fN. Selamat berpantang untuk semua ibu2 di luar sana! yang baik datang dari Allah, yang jahi dari fN sendiri. Sesungguhnya apa yang fN kongsikan ini adalah hanya sebahagian ilmu yang dipinjamkan Allah. moga dipanjangkan, aminn.:)


Friday, February 6, 2015

Be YOURSELF, Know YOURSELF, Love YOURSELF

Kalau nak tahu dari kecil fN bercita2 menjadi seorang akauntan atau pensyarah. Masa kecil dulu, cita2 tu pakat sedap mulut je sebenarnya kan kita sebut. Hihiks macam fN la. Teringat ustazah zulpetra tanya "Liyana, kamu nak jadi apa besar nanti?" . Ohh "saya ada tiga cita2 ustazah, nak jadi Akauntan, Peguam or Pensyarah (bidang Doktor bukan minatku, sbb dr kecil dah nampak aku cenderung pd Matematik bak kata ibu).

And i guess korang pun mesti buat benda yg sama kan? Masa kecik2 tengok org lain ada cita2 kita pun nak jugak. Haha tapi sebenarnya kan cita2 tu la yg mendorong korang utk capai apa yg korg nak. kan kan kan. Nak tau tak? Nak kata fN ni mmg gila2 minat subjek akaun tak jugak. Tapi mgkin sdikit sebanyak nilai yg ada dalam diri or mindset dr kecil tu mendorong fN untuk teruskan cita2 ni.

You know what? Before fN pindah, kat sekolah lama( SMK SERI SAMUDERA,PERAK), fN terpilih masuk 4PA. Among class yg depan2 lah. Belajar akaun. Masa tu fN tak minat langsung akaun. Sempat belajar basic akaun 3 bulan, errr jujur cakap..cita2 tu ada, tapi langsung tk boleh masuk segala bagai istilah tu.haha.

Then, fN pindah Melaka. Sekolah ni tak sama aliran yg dia offer dgn sekolah lama. Yg jadi masalahnya masa nak tentukan fN class apa. Sebab fN ada basic akaun, add maths,chemistry and physics dr sekolah lama. So dkt SMKSM ni pulak aliran dia berbeza. Yg amik akaun, diorg tk amik Kimia & Fizik. So, at the beginning Cikgu Zaki nak masukkan fN ke first class. Since fN tak minat Biology, dia tanya nak masuk class akaun ke tak. Lastly, fN pilih masuk kelas kedua. Tk amik akaun pun, add maths wajib ada coz fN mmg minat sgt, Chemistry pun minat, Physics tak berapa minat tapi lantak la.haha PLUS one more elektif subjek, REKA CIPTA! HAHA tak memasal, nasib baik fN suka Seni2 ni. Ye lah kalau masuk kelas akaun tu, kena belajar subjek lain mcm Ekonomi bagai yg fN takde basic. Mcm syg kan dr sekolah lama tu dah ada basic sains tu yg proceed jugaklah. Hmm,again for about 2 years fN tinggalkan dunia akaun. tp masa tu tak rasa lagi.

Mohon UPU, i dont know mana datang kekuatan untuk letak first choice tu DIP IN ACCOUNTANCY! Guess again what? I HAVE NO BASIC IN ACCOUNTING, BUT I GOT IT!! Masa dapat result tu rasa Happy sebab mcm tk percaya org tkde basic gini dapat. Kaunselor pun terkejut and they said ratio utk org yg takde basic ni dapat lebih kurang 1:10..at the same time, fN dapat Matrikulasi di Londang, aliran Sains. Again,  fN pilih Diploma yg lambat rather than Matrikulasi. BIAR LAMBAT, TAPI BENDA TU KITA MINAT. Sebab belajar memerlukan minat yg mendalam. EVENTHOUGH at the beginning, benda yg paling mencabar bila kau dikelilingi org bijak pandai yg ada basic akaun, bila lecturer tanya diorang faham konsep and jawab dengan mudahnya. TEST QUIZ diorang mostly full marks. And me? Yeaaa, so sad. Selalu dapat B, C..but, itu bukan alasan utk tak dapat lagi baik kan? It motivate me a lot.

STRIVE FOR EXCELLENT! Alhamdulillah, teringat one of my lecturer said "It's good when you have no basic in accounting, because you will learn a new things everyday. For those who already have the basic, they need to interpret all the ideas because what they learned in school was not exactly same.." So, dari situ fN pegang, kita semua boleh belajar. Takde basic itu bukan lah alasan atau sebab kenapa GAGAL.

Ramai jugak yg kecundang. Mungkin masuk bidang yg mereka kurang minat. Ataupun lebih kpd ikut kpd ckp mak ayah. Ni fN nak pesan, hidup adalah PILIHAN. kita pilih nak yg baik atau buruk. Biarlah pilihan tu seiring dengan minat. Bila ada minat, kita akan ada usaha yg lebih. N now! Im officially fall in love with accounting. Even kadang2 rasa mcm nk pecah kepala n give up, tapi that's not a problem. As long as kita jangan cepat melatah. Jangan terlalu selesa sangat, jangan rileks sangat. Bila pointer naik, jangan hentikan usaha. Bila pointer jatuh merudum, jangan kecewa sangat. Weehh rileks, kita kejar ilmu bukan untuk mendapat pandangan orang..Kita belajar untuk bantu diri sendiri, ibu bapa dan keluarga. Betulkan niat tu balik, insyaAllah..Allah will ease everything!��

Last words from fN, Buatlah sesuatu tu dengan bersungguh2. Biar manusia tak nampak kesungguhan kita, tpi Allah sentiasa ada untuk melihat. Kejar sesuatu tu dengan RedhaNya, manusia sentiasa ingin melihat kejatuhan kita tapi Allah sentiasa ada setiap saat dengan kita. Tak faham? Maksudnya, walaupun kita tak pandai, tp tak selamanya kita ni tak pandai. Manusia tak nampak betapa bersungguhnya kita buat sesuatu, tp Allah ada. Bila belajar, yg paling penting adalah NIAT dan jangan lupa SOLAT. Kejar ILMU, kejar lah juga CINTA KEPADA ALLAH DAN RASULULLAH. Bila kita jatuh, ada org yg akan tepuk tangan gembira...tp jangan risau, Allah s.w.t kan ada..Itu lah ujian.

GODLUCK ADIK ADIKKU SAYANG yang bakal memasuki medan ilmu sebenar. Belajar itu IBADAH. Ingat tu! -fN-

Thursday, February 5, 2015

Dapur CikNana: RESEPI POPIA NESTUM PALING MUDAH DAN SEDAP!

Assalamualaikum. 
meh sini fN nak share sikit one of my favourite "kudap kudap".haha 
eh kalau datang teringin nak makan benda ni mmg malas betul nak buat even senang je kan. 
So, bila free je buat la, nanti time nak makan dah ada 
(tu pun kalau tak habis dibedal oleh yang lain).HAHA
 maklum lah tengok tv layan drama petang2 mesti nak mengunyah kan, nahhh try buat ni!


Bahan A (Serbuk campuran)

1 cawan nestum
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 cawan Horlicks

* Kisar kesemua sekali sehingga sebati.( kalau suka lebih rasa manis, tambahkan gula lebih sedikit)



Campuran serbuk.


Bahan B (Kulit Popia)

Cara2:
1. Gulung kulit popia secara menegak or menyerong ikut citarasa.( Padatkan supaya ia nampak cantik semasa digoreng).
*Di hujung kulit popia tersebut, tampalkan dgn adunan tepung gandum yg digaul bersama air (likat dan pekat) supaya kulit tidak tercabut semasa menggoreng (telur juga boleh untuk lebih mudah). 
Biarkan seketika ia melekat barulah dipotong.

2. Gunting secara serong, ikut citarasa anda

3. Sedia untuk digoreng. Toskan. Gaulkan bersama Bahan A yg dikisar tadi. Hidangkan

Cara menggulung, menggunting dan menggoreng



Great experience at Dr. Campsite, Hulu Langat Selangor.



Assalamualaikum, Hye !

fuhh berhabuk nya blog ni. maklum la lama tk meng update, 
ditambah2 dgn mcm2 laman sosial skrg yg buat fN 
pandang tak pandang je blog ni. haha

Hari ni nak cerita sikit pengalaman 4 hari 3 malam di Dr. Campsite. 
mesti chuolls taaasabar nak baca kan.
haha LOL. Eleh kem je pun kan. 
But, if you ask me apa yg specialnya kem kali ni, I will tell you, 
THIS IS THE MOST WONDERFUL CAMP I EVER HAD! 
Dah 22 years, pegi mcm2 kem dari sekolah, diploma and so on..
I dont know how to say. Ahh every single things dekat camp tu rasa sangat lah best!

Before Departure



19/1/2015- MONDAY (first day)

4.30pm- Bertolak dari Puncak Alam 

9.00pm- Sampai di tapak Dr.Campsite (based on schedule, we will arrive around 5pm, due to technical problem, kami gerak pun lambat so sampai sana dh malam. So, kami pun meredah la liku2 jalan di dalam kepekatan malam berbekalkan torchlight, handphone and powerbank.haha). Nak masuk ke tapak kem tu kena redah la satu jambatan. tapi tk boleh lalu ramai2, roboh nanti. Nampak la sikit2 kat bawah tu mcm sungai, dengar aliran arus dia. (excited).

Laluan sebelum sampai ke tapak Dr. Campsite (ni lah rupanya laluan di waktu siang)haha
9.30pm - After we had a dinner, then ingatkan malam tu takde la apa2 program. Because i thought "alaaa..dah dekat pukul 10 ni nak buat apa je. Maybe diorg nak bagi tido kot". Maklum lah bas lambat tadi, dah drag masa kan. Patutnya prog malam ni start on 9pm. haha.TAPIIIIIIII....takde maknanya semua tu weh. jangan berangan lah! KAU PERGI CAMP okayy!. bukan jalan2 nak tido.haha


First program, was named HILA( High Impact Learning Activities). 
This is one of indoor activities lead by Dr. Bob (Facilitator).
Starting from a very cute and funny dancing. 
Haha the one that i really love was “Sisasa..sisasa!” 
( seriously, even me and all my friend don’t ever know what is the title for that song) 
It was quite nice and enjoy doing it even masa mula2 tu I felt so annoyed. 
Dalam hati “kenapa la buat tarian mcm budak2 ni!”. 
SEE? Don’t easily judge something, it was my bad but i learned from it. 
Besides that, we also learn the
other dancing and clapping liked “ Cikica cikica, banana song,tepuk katak, 
tepuk pacat, penguin and so on.. 
Too many movement and dancing, and we ENJOY doing it!

 
Joget apa ni ya?haha
Campfire


Dah penat menari, ICE BREAKING session pulak. 


First thing first, in 5 minutes we need to find out 20 signature from different person.haha bayangkan la. Kelam kabut masing2. Kalau tak cukup, kena menari “Cikica...” 
HAHA malu wehh, sape nak buat mcm tu kt depan org. 
Dah habis masa, randomly we are chosen utk tunjuk hasil pencarian.
Nasib lah spe yg kena pilih tu.hahaha. Mostly ramai je yg kena menari sbb mmg tk cukup pun 20 org.
haha


Sesi perkenalan kedua pulak, kami diarahkan untuk melukis anggota pada wajah org2 sekeliling. 
Means, pandanglah sapa2 pun kat situ, tengok mata or telinga dia ke.
then lukis,pastu mintak signature. Sama juga, randomly akan dipilih. 
Ni paling lawak, sebab kami main lukis je dlm masa berapa saat tu n suruh la sapa2 sign. 
Yg penting dia nak tengok effort n cooperation tu. 


After that we have another session to know ourself better based on number. 
Every number have their own meaning. So, we are given a piece of paper. 
We need to choose 5 favourite number. Fn pilih nombor 1,3,5,6 and 7. Nak tau apa result nya? 
4 positive and 1 negative! Masa tu tak ramai yg dapat result mcm fN, 
entah mcmana fN dipanggil ke depan untuk baca kan apa keputusan yg fN dapat. 


The answer for my chosen number was 
“SAYA HEBAT, SAYA SEORANG YANG ROMANTIK, SAYA JUJUR, SAYA BAIK HATI...
and 1 negative is.............
SAYA TAK SUKA MANDI, BADAN SAYA BUSUK”.Haha! LOL. 
What i learned from that is “NOBODY’S PERFECT”..
takde org pun time tu dapat semua positive, 
and takde jugak org yg sikap dia dapat semua negatif. 
So, from that, kami belajar something. Setiap orang ada kelemahan dan kelebihan. Got it? 
Menarik kan..:)


Setelah sessi mentarbiahkan diri, muhasabah diri dan mengenal diri...
Sabar, malam tu belum habis lagi...kami dah mula rasa tekanan nya! Haha
Night walking! Aktiviti yg paling digeruni. Haha 


Briefing before start activities

JALAN SORANG2 DALAM HUTAN laa senang cakap. 
Okay, macam biasa. 
Kami jalan dengan mata yg ditutup, dibawa perlahan2 ke tempat gelap dan lapang. 
Sebelum tu, kem komandan dah bagi password if tersesat dalam hutan, so kena ingat sentiasa password tu.
Dilepaskan seorang demi seorang. WOW! Sampai masa fN, 
Bismillahirrahmanirrahim, fN ditarik..perlahan2.
dan sebelum membuka mata, suara lelaki bertanya “ nak ke mana?”..fN jawab “menuju hatimu”.,
haha eh!Tak tak. fN bagitau la password yg kami dapat tu.



Lepas tu dia suruh bukak mata, dia tanya “nampak tak jalan depan tu, masuk belah kiri..
kalau kanan, benda lain yg kejar kamu.”..fN pun jalan,
ALLAH acah2 kental je time tu. Tp mcm2 benda jugak la nampak. 
Yg rambut hitam,yg baju hitam.bayangan putih. Err dh tktau dh samada tu fasi or mmg benda lain. 
Sbb kami tahu yg mmg ada fasi akan jaga setiap checkpoint. 
Tiba2 fN ditegur oleh seorang lelaki yg buat suara mendayu “nak ke mana tu....?”..
kuajaaaaaa! Rasa lama betullah nak smpai ke checkpoint last. 
Nak nangis dah rasa, sbb seram sejuk dalam tu.mcm ada org kejar n jalan sama je.:( 
Finally,i did it! fN antara 10 yg terawal la sampai balik ke tapak kem. Fuhh

Around 4 am, habislah aktiviti pada first day tu. penat ya ampunnnnn



2 heroes, 8 heroin- MASAM2 MANIS



Discussion.
My team- Masam Masam Manis












20/1/2015-TUESDAY (2nd day)

5.30am: Subuh berjemaah
7.00 am: Senam Aerobic+breakfast


CehHH sempat je selfie masa nak exercise!LOL


7.30am: Jungle Trekking, visited Perkampungan Orang Asli and water rafting (alaaa gambar tak jumpa pulak*nangesss* )

Jungle Trekking
Jungle Trekking

Mcm biasa, jungle trekking. We are led by En. Fizi and En.Shahidan(if i am not wrong their name). 
Yg jadi luar biasanya ialah bila ada satu cerun tu yang ala2 sunway lagoon.
Kami kena meluncur turun, fuhhhh memang best!hahaha mula2 je rasa takut n seriau. 
But really enjoy tau. 

 
Then, another extraordinary things was, 
kena lalu dekat lumpur yg katanya banyak pacat.
MAIGASSSHH! 
Time ni rasa mcm hape je tp 
nak tak nak kena buat jugak. 
Berlari semua org dlm lumpur tu, 
AHHH bau dia jangan cakap weh. 
Mam hampeh bau lumpur tu, lain macam..
kena pulak sapu kat muka.




haha then, move to water rafting. 
Bila kami dapat jumpa air. makllumlah kannn.haha
This is ilove most! tgahari tu habis lah
first session. 

After that, solat berjemaah tapi kali ni 
bukan di dalam surau.
But, kami sembahyang atas rumput. 
Take note guys, benda2 mcm ni make sure 
korang semua tahu. 
Especially for girl, aurat still kena jaga 
and lindung eventhough 
dalam Islam meringankan solat tu 
pada mereka yang dalam keadaan mcm tu. 
Kotor bukan masalah untuk solat,
tapi aurat still kena tutup ya sayang..:)


 


After having lunch, second session was LIFE SURVIVAL
We are guided by facilitator on how to measure and using the compasses. 
We are dividing from 6 teams become only 2 big team to cooperate together. 
Not only that, kami diajar menggunakan kompas sebenarnya ada lagi satu misi lain iaitu treasure hunt. 
Kami diberi klu pertama, menggunakan bearing angle yg ada,
silalah cari dimana klu yang seterusnya.There are 6 clues alltogether.
Nak dapat satu pun kemain susah wehh..haha but that’s what we called 
COOPERATION AMONG TEAMWORK. 
Selepas jumpa semua barang2 yg dia nak, last sekali misi yang paling besar!



We need to use everything that we have found. 
Buat lah mcamana pun janji beras kena masak dalam kelapa, telur tu kena salut dengan lumpur, 
ikan keli yg hidup2 tu kena siang, kentang bakar mcm biasa, haha 
SEE? Time ni seronok gila lah.hahah. 

Survival

TEAM 1

TEAM 2


TAK HABIS LAGI.........dah seronok masak, tiba lah masa kena mandi lumpur pulak..
hahaha seronoknnnyaaa (nangis)


mandi Lumpur. SO SWEET.
tu fN tgh get ready nak masuk lumpur sambil dalam hati AHHH TASABARR




22/1/2015- WEDNESDAY( 3rd day)
The 3rd day, PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT

5.30am: Subuh+Tazkirah

7.30am: After bersenam and Breakfast, 
 Yeay, this is what Im waiting for! 
Today, we gonna have
 “PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT”..
We are given 9 tasks that I thought 1 of it 
was too killer (may be only for me), 
because we need to find out the cockroach. 
Maigashhh i hate it! Erghh



In front of our family angkat's house
The task began with, carilah mana2 rumah yg sesuai, 
jadikan diorang family angkat, 
kemas rumah, masak sama2, lunch sama2, 
tangkap cicak and lipas (euuwww), selfie sama2, 
bersihkan masjid and selfie sekali dgn imam n bilal n so on. 
But, we did it!haha cuma lipas mmg semua org tk dpt cari. 
Ingat senang ke cr lipas siang2?haha lawakkkk tau.






Perhaps I should tell you about these one guys in my group named Jane Phillip from Germany. 
We called him JP. He was an exchange student major in business mgt. 
Haha dia mmg dapat perhatian lah dari semua orang kat sana sebab satu2nya mat saleh pulak tu. 
Cuma nak cerita, dia sgt2 lah sporting. Semua benda dia nak cuba.
Guess what, he learned cooking Paprik from fN sendiri!Haha. 
Masa duk berbincang nak masak apa, he told me“I’m really loves Paprik!”. 
So, menu kami hari tu Paprik Ayam, Ikan Cencaru masak Sambal (Org Perak panggil Ikan Sumbat), 
Telur Dadar, Ikan Goreng cicah Kicap. 


fN lah ketua di dapur tu, mengarah org buat itu ini,muahahah sorry guys.! 
Mmg dekat dapur, muka JP je lah sebelah fN. 
Dia buat itu, buat ini. Tolong kacau tu,tolong kacau ni sampai fN pulak rasa tak keruan nak masak. 
Alhamdulillah, got a positive feedback. 
The word from JP after taste the Paprik 
“Wow, this is super2 amazing..nice.”haha 
fN rasa biasa je, biasa lah tekak masing2. Haha kita yg masak mana la nak rasa sgt sedap ke tak.

Cooking time!
Bersama Pak Imam dan Bilal Masjid Kg.Kelubi
Lunch bersama family angkat.:)


Let's enlarge our tummy!
3.00pm- Arrived at Dr.Campsite spot. Then,we make some review what we’ve learn today. 
Dari pagi sampai ke petang tu, apa input and output nya kan. 

9.00pm: BBQ

10.00pm: Malam Kebudayaan. 
Theme: Rimba Bara. (musical theatre plus team advertisement )
We have our group name respectively that is related to P. Ramlee’s film, 
and my group name was MASAM2 MANIS. :)



12.00am: TAK HABIS LAGI.........................

Ingat boleh berangan nak lepak tidur? 
No no no. We have another big task. 
Having a Campfire, sambil gelak ketawa..
buatlah macam2 aksi mengelilingi campfire tu. 
Ahhhh fN paling last okay dan paling merapu 
aksinya. 
Haha
Dah taknak cerita, malu bila ingat balik. 



The next mission, kami kena berkenalan dengan lebih dekat dgn semua urusetia dan fasilitator.
As usual, we are divided into 2 teams. 
We are given some clues, we need to find out either PERSON or THINGS.
Malam last ni mmg tak tido la fN. 
Yg lain ada yg sambil berjalan pun pejam mata, ada yg pantang duduk tu terus lelap. 
Sebab apa, ni bapak segala misi la. Game ni ada 6level. 
Nak lepas 1 level pun payah, mmg kena psycho..kena tipu, mcm2 la. 
Allah, bila teringat kelakar pun ada.hahaha fN tak tido pun, sebabnya nak all out efforts and ideas la kononnya. haha
haa esoknya amik kau rasa mcm semua mimpi.
Mata rasa kelabu je.haha. 


Malam tu habiskan masa bersembang dgn JP sambil2 rancang strategi bagai. 
Seronok tukar2 cerita. Smpai ke subuh tu, kami baru di level ke 3..wuuuu, penatnya. 
Stress sgt masa ni. (nangis lagi)..
around 9am esoknya barulah selesai misi yang bermula dr 12 am mcm tu. 
Can you imagine?haha Wuuu,benda yg kami cari at the end tu ialah Bendera UITM. 
And nak dapatkan bendera tu, kami yg 2 team pada mulanya mcm berpuak ni kena kerjasama. 
Sebab ada secret code yg setiap team pegang, so we need to combine both group. 
Dekat situlah kerjasama! Yeayy, Lastly, benda yg kami cari itu ialah bendera UITM sendiri! (pengsan).
HAHA. 



THURSDAY- 22/1/2015 (last day)

Alhamdulillah, and the end of our camp! Guess what? I learn to become more strong than before. 
I be more brave, more confident and so on. Thank you Dr. Bob for a very wonderful moment. 
Even kena torture, kena prank, joget yg mula2 rasa mengarut ya amat, kena marah, pressure, 
kena masuk lumpur, kena pacat, kena meluncur, kasut kena baling, 
jalan dlm hutan smbil org kacau tp tu semua pengalaman. 
I wanna say that I give 5 stars for this camp and especially to all facilitator and also guider. 
That 5 stars means, fN bukan org yg akan ingat detail semua benda, 
but once i remember something that shows how really im appreciate it. 
See? Kalau tak best, fN akan ingat gitu2 je.haha 
Rindu kem. rindu nak joget "Sisasa..!".

Okay, sekian cerita hari ini. Thank you guys for reading. Cc: Team Masam2 Manis.

Kenangan bersama Fasilitator

Morning view-  yg oren tu tandas tau,haa jangan main2.
 
Dr.Bob(kanan) dan para fasilitator

Gift from Dr. Bob



Asrama putera.


Asrama puteri.haha

Buaian yang menjadi tarikan
Dewan A
Surau dan Dewan B
Kantin.