BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM....~ASSALAMUALAIKUM~..

Tuesday, December 31, 2013

HARGAILAH MASA, SEMENTARA IA MASIH ADA.~

Assalamualaikum..

eh! eh! eh ekcelly nak tido nie haa, tpi kesepian yang melanda diri ni ditambah pula kerajinan yang terlampau mendorong jejari2 menaip warkah sepi yang tak seberapa. Ewah~~ skemanya.haha

Ehem, 31 Dec 2013. last day in this year. 
Just terfikir, Ya Allah, begitu cepat masa berlalu..
antara sedar atau tidak. this is the year yg fN rasa macam sekejap sangat..
apatah lagi tahun2 yang akan datang? 
fN rasa macam baru semalam bulan Januari. alih2 dah Disember. 
Allahu, masa yang semakin lama semakin pantas ni adalah salah satu tanda2 hari kiamat. Astaghfirullahalazim, antara sedar atau tidak kan..:").


fN ingat lagi kalau dulu waktu sekolah dulu. nak tunggu dari pagi sampai ptg mmg lama sgt rasanya. 
kalau pergi sekolah, 1 day tu pun terasa lambat.
 1 jam pun dah rasa bosan. terasa lama sangat lahhh. 
time tu selalu mesti kita akan cakap "Eiii, lambatnya. kalau lah masa nie cepat berlalu kan best..
tak sabar nk habis sekolah..tak sabar nak itu..nak ini..bla bla bla.". 
Nahh! sekarang bila masa berlalu begitu pantas sampai kan kita selalu merasakan nak berpatah balik pada waktu yang lambat yang mana dapat kita isi dengan macam2 benda.


 Just now, dalam sehari tu kadang2 fN sendiri rasa macam kejap sangat. 
Alih2 tau2 je dah tengahari, petang, malam....n tidooooo..~ see? 
kadang fN berfikir jauh. Jam nie makin cepat ke? 
macamana jam boleh berputar laju sedangkan putaran jam tu statik n tak dipengaruhi oleh mana2 keadaan. Bukan jam yang cepat or pantas, tetapi MASA yang ALLAH pinjamkan untuk hamba2nya tu samada digunakan sebaiknya atau tidak. 


Ibu selalu pesan, MASA yang ada tu jangan pernah sia-siakan. mendalam maksud tu. Even 5 minutes free time, do something. Kalau kita guna MASA itu sebaiknya dan diisi dengan perkara berfaedah, for surely kita rasa hari2 yang dilalui adalah yang terindah. 
Tapi zaman teknologi canggih sekarang nie, every single things hiburan semata. 
ada pun perkongsian ilmiah tu maybe about 40%(for fN lah) yang lain lebih kepada perkongsian lisan dan hati.ahaaa..
even fN sendiri pun terkadang leka juga. tipu lah kalau i always be punctual on time or sangat2 patuh pada masa.
Kita bukan robot ye tak,.But, the most important things, you need to manage your own time.




" If you are able to manage your time, you will able to manage every single things in your life". Remember this quote, this will help you a lot.


Rasulullah SAW bersabda, ''Hari Kiamat tidak akan datang kecuali waktu semakin singkat. Penyingkatan ini terjadi sedemikian cara seperti satu tahun yang berlalu seperti sebulan, dan sebulan yang berlalu seperti seminggu, dan seminggu berlalu seperti satu hari dan satu hari yang berlalu seperti satu jam dan satu jam yang berlalu seperti secepat kilat.'' (Tirmidhi, Zuhd: 24, 2333).

Allahu..sekadar perkongsian.dan peringatan juga pada diri yang tidak seberapa nie...:'D

Monday, December 30, 2013

INDAHNYA SALING BERMAAFAN

Assalamualaikum..

Hari ni nak update sikit pasal satu benda yang paling susah orang nak buat even that’s the simple thing actually, Iaitu “MEMAAFKAN”.
 Eh, ada orang tanya “simple ke nak memaafkan tu?tahu tak betapa sakit hati nie, bukan senang2 nak maafkan orang tu tambah2 dia dah buat macam2 kat kita!!”..

Nahh, ini lah cabarannya, bila kita nak memaafkan orang, seringkali hati dan fikiran dipermainkan. 
Jiwa lantas berkocak2 sampai terbitnya di sudut hati “Aku tak akan maafkan orang nie sampai bila2. 
"Aku benci dia. Aku takkan ambil kisah lagi pasal dia..”.. YES! Bukan senang nak melupakan sakit hati, bila terkenang apa sahaja yang seseorang lakukan pada kita, rasa macam ape je kan.

But, we need to avoid any negatives feeling. 
Just move on dear. 
For me, if u ask me “ how long have you spent your time to forget all the bad memories.  N don’t you think your forgiveness is such as useless because surely the same things gonna be happen again.?..”. 
And INDEED. I DON’T HAVE THE ANSWER  FOR THAT QUESTION. 
For me, forgive first n forget everything.
 Two simple words but It’s very meaningful.


Allah berfirman:

وَلْيَعْفُوا وَلْيَصْفَحُوا أَلَا تُحِبُّونَ أَنْ يَغْفِرَ اللَّهُ لَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

"...dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." (QS. An Nuur, 24:22)



Ya ALLAH, betapa mulianya sikap saling memaafi sesame kita. 
Kita je yg tak nampak, dan kadang2 kita tahu benda nie tapi still buat endah tak endah. 
Ego yang menebal dalam diri mengatasi segalanya. 
Let say lah, kalau korang rasa benci n sakit hati sangat dekat someone, no worries. 
Take your time to calm down your bad feeling. 
Ambillah sebanyak masa pun untuk muhasabah diri, bukan lagi membenci. 
Ambil masa untuk berfikir, kadangkala diam adalah jalan terbaik atas segala permasalahan. 
Bila rasa hati semakin tenang, semak kembali apa yang telah kita lakukan. 
Jika bukan salah kita sekalipun, mohon maaf dengan rendah diri adalah yang terbaik.




Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah  bersabda :

“Barangsiapa yang didatangi  saudaranya yang hendak meminta maaf ,hendaklah memaafkannya,apakah ia berada dipihak  yang benar ataukah yang salah, apabila tidak melakukan hal  tersebut (memaafkan) , nescaya tidak akan mendatangi telagaku (di akhirat) (HR Al-Hakim)

“Jika hari kiamat tiba , terdengarlah suara panggilan, “Manakah  orang-orang yang suka mengampuni dosa  sesama manusianya?” Datanglah kamu kepada Tuhan-mu dan terimalah pahala-pahalamu .Dan menjadi hak setiap muslim  jika ia memaafkan kesalahan orang lain untuk masuk surga.” (HR  Adh-Dhahak dari ibnu Abbas Ra)


Sesungguhnya lebih besar pahala mereka yang memaafkan dari mereka yang datang meminta maaf. To be positive, sebelum tido pesan pada hati dan minda dengan kata2 ini..

“Barangsiapa yang tidak mahu memberi ampun  kepada orang, maka ia tidak akan di beri ampun “ (HR Ahmad dari Jabir bin Abdullah Ra)

 Mari kita belajar dari sifat pemaafnya Allah kepada  para hamba –NYA yang telah membunuh para wali-NYA.  Sifat pemaaf Rasulullah pada umat yang menyakitinya. Teladan para sahabat R.a yang  mahu berlapang dada kepada saudaranya yang telah menyinggung perasaannya. Sedangkan Nabi juga mengampuni umatnya, inikan kita yang hanya insan biasa. Allahu..



*pesan pada hati fN juga sebenarnya. Kita hanya insan biasa yang sering kali melakukan kesilapan. 
Jika kita suka dan mudah memaafkan orang, insyaAllah orang juga mudah memaafkan kita.
 Sesungguhnya kesilapan itu seringkali kita lakukan dan sudah sebati dalam hidup setiap orang, 
penawar yang mujarab adalah saling bermaafan.
 Got the point? 
yeah, i've got to go. 
Ingat ye, sebesar mana pun kesalahan seseorang, kita  bukannya siapa2 untuk menghukum.. 
Forget the past, yeah u can take your own time. 
maybe 1 day, 1 month, or even 1 year to forget everything. 
That time is yours, but remember when u back, FORGIVENESS is everything. 
let bygones be bygones. 
Pesan pada hati, pada diri, pada iman..Sekiann~~:*

Friday, December 20, 2013

Let's have FUN at REDTMA Recreation Sport Centre!!!



Assalamualaikum n hello to all readers.
Okey tajuk entry hari nie mcm have fun n happy2 skit. 
Maklum lah bila dpt outing n  hangout dgn kengkawan, rasa mcm dpt release sgala tense+pressure+hard feeling yg entah apa2 tu.



REDTMA  Recreation Sport Centre nie dekat je. Ahaa,, kat MELAKA jugak. Kalau tau ZOO MELAKA, confirm tau tempat nie kat mana sebab dia kira bersebelahan je. If korang berminat nak datang sini, this is their contact information and address. 

Pusat Rekreasi Air,
Jln Tasek,
75450 Ayer Keroh,
Melaka
Tel: 06-232 7685


Btw, nak cerita last 3 weeks baru je naik sem baru which is our last semester, we went to REDTMA.(haa, baru dpt post this entry yg sekian lama ada dalam draft).herherher. 
Best kot tempat nie. Macam2 aktiviti outdoor+indoor ada kat sini seperti:

-kayaking
-paintball
 -archery
-wall climbing
-jungle trekking
-river crossing
-night walking
-golfing
-flying fox
-chess
- karaoke (open n just for have fun)


Sebenarnya banyak lagi aktiviti kat sana.
Tapi kami cuma dpt naik kayak je. Huhuh sedih gila!
 Sebab masa tu pun ramai gila orang yg buat program kat situ something like 
“TEAM BUILDING programmes”.
 Sebab tgok ramai pakai baju warna sama, n sambil2 tu jeling2 jugak dekat aktiviti yg diorg buat...
So, nak naik flying fox pun tk berkesempatan sbbnya nak kena tunggu orang lain yg dah reserve awal tu settlekan program diorg dulu. 
So pity kat kengkawan fN yg nak sgt naik flying fox tu. 
fN pun kalau ada kesempatan mmg nak naik, tp tgok ramai2 cenggitu..fuhhhh. 






Sesiapa yang tak tahu tu,  for kayaking rm3(tak sure if sekarang dah naik harga)
But, price berbeza ikut jenis game. Ada yg rm5 and so on.
But, no worries, harga semua mmg affordable. 
without any limit hours korg nak main.
Better pegi la awal pagi around 10 am ke atas dia dah bukak.
Kalau tengahari nak berkayak, alamatnya hitam legam lah kalian.haha lewls
Tapi fN lagi suka buat outdoor ni petang2 sikit, waaa best rasa environment tu.
Kat sana pun meriah jugak, ramai yang jogging and lepaking.
 Masa kami berkayak tu, lama la jugak.
fN pun ingat ada limit masa but diorg ckp main la sampai puas.
So, mmg puas sampai habis basah2 seluar kami semua.kahkahkah. 


dlm banyak2 gambar, fN suka gila tengok gambar swan2 nie.:D comel je bila sekoq tertinggal kat belakang.

posing kejap!hahaha



Then, dlm pkul 12pm tu kami pun bergerak meninggalkan REDTMA. 
habis seluar baju basah dah mcm pergi swimming pulak. 
Then pergi jalan2 bershopping bagai. after that, lepak2 tepi pantai dekat Klebang. 
Tired but seronok sangat. 
Thank you guys for this wonderful day. Appreciate it too much. 
Bila tengok gambar rasa macam excited nak pergi lagi sekali. 
tkpe2, next time kita plan lagi ramai2 okey! :* 



 THANKS FOR READING!!:)


Sunday, December 1, 2013

NyummYY~ ResepI MUDAH dan ENAK. cHocoLate moist cAke.

Assalamualaikum...hey guys, tk tau nak update ape tp tk kira nak update jugak..!haha.

Okey ada kawan2 fN tanya resepi buat choc moist cake paling mudah, so fN bg la resepi yg fN dpt dri sepupu fN sendiri. 
Dia mmg ade bakery shop n dah brpengalaman lah buat2 kek, muffin, roti, pizza, donut n mcm2  lagi.herher.
So, masa kerja dgn dia fN pn sempat la amik sikit2 ilmu dia. 
Mostly, fN amik resepi makanan yg fN suka lah..
baru SEMANGAT sikit nak buat. tengok dia buat macam senang je..macam best je,HAHA.
 Okey, nie resepi nya kalau nak cuba...


Bahan A (kering): - untuk adunan 1/2 kilo kek

210 g      TEPUNG GANDUM (ayak supaya kek lebih ringan)
300 g      GULA HALUS
1 1/2tsp  SODA BIKARBONAT
37 g        KOKO (lg sedap yg jenama VAN HOUTEN)
1 1/2tsp  BAKING POWDER
1/2tsp     GARAM


Bahan B (basah):

1cwn      MINYAK MASAK
1cwn      SUSU CAIR
1cwn      AIR PANAS
2biji        TELUR


Cara2 (rujuk gambar di bawah)   :)

1) Campur semua Bahan A dan Gaul rata.




2) Campur semua Bahan B dan kacau rata.


Bahan2 yg dicampur


Bahan B menjadi rupa seperti gambar di atas

 3) Masukkan Bahan A (kering) ke dalam adunan Bahan B SEDIKIT DEMI SEDIKIT.



4) Apabila sudah sebati, masuk kan ke dalam loyang
Apabila Bahan A dan B dicampur


5) Jika hendak kukus kek tersebut, kukus dalam tempoh 1 jam dgn api yg perlahan. or  Kalau nak bakar, suhu lebih kurang 120-140.
*fN lebih suka kukus sebab kek tu rasa mcm basah sikit..sedap je. tapi kalau bakar pun confirm sedap punya. heheh


 GANACHE (cairan coklat):

250 gm   Cooking Chocolate
125 gm   Dark Chocolate
125 ml    Susu Cair
6g           Marjerin/Planta     
* yg sukatan nie korang boleh agak2 je. kalau tak tepat ukuran pun takpe..yg penting cairan coklat tu tk berapa likat n tak berapa cair.:D            



nie lah rupa Ganache tu.


Okay, nie rupa bentuk kek yang da siap dikukus! pastikan betul2 masak ye..
                     
   
So, boleh la ratakan Ganache tu dekat kek perlahan2.
 yg dekat keliling tu memang fN lebihkan coklat
 sebab fN nie mmg penggemar coklat.huhuk
                     
     
TARAAAAAA..!!!YEAAYYYY!!
 Chocolate Moist Cake da pun siap.:D
Nie adik fN yang tolong decorate.
katanya nak test power.hehe


                   
                                            Gambar Hiasan: Birthday dua hero fN nie. nak kek coklat je..tknak kek lain.hehe




Okey, Sekian.Thank you baca..:D





Sunday, November 17, 2013

FALL IN LOVE WITH THEM~~

TODAY: 2.23 a.m ~~~~zzzzz (ENTAH APA2 TAJUK ENTRY KALI NIE,,TK KISAH LAH, JANJI ROCKK!wakakaka

I still can't sleep, keep waiting for downloading something in my sister's lappy . mencikkkk betui kalau kena  tggu bila download something nie.
So, Sambil2 tu layan youtube, beautifulnara, bukak la segala jenis web yg boleh hiburkan hati nie.giteww~
Tapi kan, still rasa macam "Eeiiii, kenapa la buang masa tengok benda2 ni bagai. 
kan bagus kalau buat something yg berkualiti. 
Ttaaaraaaaaa, UPDATE BLOG!! yehaaaa..
heheh kiranya this is one of the quality time okey. 
at least masa terisi juga dgn menulis something.


Okey, hari ni nak cerita sikit lah pasal si cilik a.k.a budak2 or kanak2. 
hmm comel kan bila dgr? wuhuuu...
Seujurnya fN mmg suka kan budak2, 
I dont know but bila fN tengok diorang rasa macam Ya Allah comelnyaaa..
Tapi, mcm korg tau kan budak2 yg dlm proses membesar tu mmg agak nakal..
otak dan fikirannya geliga sgt ya ampunn!!!
mmg letih melayan kerenah budak2 yg tgh membesar nie. tapi kan, that's it normal. 
fN SUKA letakkan diri fN dalam diri kanak2 yg sedang membesar. 
Ya, diorang dlm proses mengenali sesuatu yg baru. waktu kita kecil, kita juga begitu. 
Kita juga melompat riang tanpa segunung masalah. 
Kita juga tertawa gembira bersama rakan tanpa sedikit pun rasa iri hati..
yg ada pun kalau bertepuk tampar sampai salah sorang menangis itu pun sbbnya mcm biasa lah, 
berebutkan sesuatu. But, that's a process for them to grow up. 






Ibu fN ckp, "budak2 yg umurnya lebih kurang 3-8 tahun nie mmg nakal sikit.
Time2 macam nie, diorang tengah lasak+cerdik". 
Tengok sendiri lah adik fN mcamana bijak+lasaknya. 
Almaklum ler tambah2 adik fN empat2 orang HERO.
 mmg biasa lah marah2 n tegur benda yg tak elok. 
kadang budak2 nie lagi ditegah lagi dia buat. 
memang itu cabaran dlm mendidik anak2 nie.
 kena banyak sabar. N paling penting kena gunakan pendekatan yg paling kreatif dan dapat tarik perhatian diorang (cehh bercakap mcm pakar motivasi!herher)..
Bukannya apa, masing2 ada cara yg tersendiri dalam mendidik anak2. ye tak? 
Even fN belum kawin, tp fN suka tengok mcmana dri kecil lagi bebudak nie dididik. I means, yeah tkde siapa yg sempurna. 
But, actually didikan awal dari ibu bapa tu penting sgt2. 
For me, that is a reason why anak2 boleh berjaya dan kekalkan sifat2 mahmudah dlm diri diorang. Bahagia sgt kan,,:")


Eh, dah jauh tersasar sampai cerita anak pulak.
 sebenarnye fN nak cerita pasal hari nie la..
Tadi fN pergi majlis konvokesyen adik bongsu fN, Izzmy. 
Then, masa duduk2 kat kerusi tepi pentas, ada lah sebarisan kanak2 tadika beratur tunggu giliran. 
So, diorang pun akan lalu depan fN. memang dekat sgt laaa dgn jarak fN duduk. 
fN saja duduk situ sebab dekat sikit nk tgok.wuhuu..
tetiba budak2 perempuan yg lalu depan fN nie senyum je pndg fN..
Then, fN senyum balik..dlm hati nie.."mcm nie la aku waktu umur 6 taon dulu..serabai2 tudung sume, tk kisah pun.janji dapat jumpa kawan2..
comel jugak kalau jadi budak kecik macam nie.hahaha..". 



Lepas tu kwn blakang budak tu pulak toleh n senyum2 kat fN..
pastu dia bisik2 lagi smpai 5,6 org pandang senyum2 kat fN..
Dah tu fN tanya lah "kenapa pandang akak mcm tu?" 
(sambil buat muka senyum..wakakka) dlm hati " 
ade ape2 ke kat muka aku ?ish3 tk ptut betol, tiba2 budak tu jawab "Akak cantik.."..
Then fN jawab "haa..ape dia?( konon tk dengar sgt lah dia cakap ape.sebab bising pun.hahah.padahal dah dgr dah..so, tanya lagi sekali)..
budak kedua pulak jawab " Akak, dia kata akak cantik..tudung akak cantik, kilat2)..
hahahahha comel sgt. 
Sambil nak tggu giliran tu sempat  lagi diorang main cuit2 aku. 
entah apa lah yg diorg berkenan.nasib budak2 tu prempuan.kikiki.
Then, secara tak langsung aku pulak ala2 mak n cikgu diorg kat situ tolong betul2 kan sikit jubah n tudung diorang yang dah senget benget tu..
sambil betul tu aku pesan " Jangan lupa senyum cute2 kat atas pentas, belajar rajin2 tau.."..
Then, budak yg first pun jawab " Akak nie baik nye. suka senyum"
,.HAHA. dlm hati rasa berbunga2.
EH! melambung2 pujian dapat. 
Dalam hati cuma mampu kata " Senyum nie kerana kasih dan cintakan pada insan suci seperti kalian.semoga kalian jadi anak yg baik besar nanti..":")
bukan pujian tu yg aku nak, tp pandangan seorang budak trhadap kita.. 
I means, budak2 tk pernah n tak pandai menipu.. 
Kalau diorang nampak apa yang diorg suka, mesti diorg ckp kan..
Bestnye jadi diorang, every single things, jujur dan ikhlas dari hati.








Sebenarnye cuma nak cakap, fN suka tengok wajah2 bersih budak2 nie.even dari baby sekalipun, ketenangan pada wajah tu lah yang tenteramkan hati nie..kiki..
da mcm ape da fN nie.yA, INDEED. mmg fN jatuh cinta.. 
tp jatuh cinta pada seorang kanak2..baby..budak2 kecik..comelnyeeeee..herherher..
gerammm, nak2 yg tembam mcm anak buah fN. Lagi lah fN kelek2 bawak tidur sesama, tidurkan dia. 
That's the best moment okey.. 
Sebab tu lah kalau tgok balik gambar2 fN paling banyak dengan budak2 kecik la..herher
Terbayang macam mana kalau anak sendiri nanti.
 Mampu ke fN bimbing mereka ikut cara kita, Hebat tak dugaan dalam mendidik anak2 sendiri. 
Setinggi mana kesabaran yg fN perlukan.
Insya-Allah, Tuhan dah pun mengatur segalanya..terbaik atau tidak, terserah pada kita untuk mencoraknya. Sekian.

Sekian..kbai..:D


Saturday, October 19, 2013

Mood: Confusing.

Assalamualaikum.


 Just now, I felt very confusing.  About  what? I don’t ever know but suddenly my tears drop again and I just feel very deep inside. Dear Allah, please give me strength.  Yeah, something disturbing my mind and then it brought me to remember on very bad moment in my life.  Once again, that’s too much pain.  Sometimes, I feel so weak and always felt the failure is my best friend just now. Why?why?why? Dear Allah again, show me some ways. Show me the truth, show me everything.




Eh, sorry to all readers. Maybe fN mcm ter’Emo’ sikit malam nie. Bukan ape pun, entah kenapa tiba2 dtg satu perasaan yg entah macamana entah buat hati fN rasa sebak, pilu, hiba n whatsoever. Seriously! Eh fN jrg nk sesedih  or kalau sedih pun fN lebih suka pendam. But just now, fN tk tahu nk luahkan kat sapa kesedihan tu. So fN luahkan je la kat blog pink fN nie. Just anggap je dia bernyawa n dgr segala isi hati fN nie. At least hilang sikit beban nie. Yeah, mybe fN trlalu bnyk fikir pasal something, masalah2 yg mnyelubungi even tk sebesar mana pun masalah tuu…or maybe just thinking about someone even I don’t know who n why should I thinking about him. Emm, serabutnya! Fikir macam2 tak tahu lah apa benda yg difikir..:( 


Arghh, sesak rasa nafas nie bila tetiba duduk sesorang mcm nie, then termenung, then keluar air mata..eh eh eh..AIR MATA apa nie..lap balik..lap balik..tskk..tskk..mahalnya air mata yg keluar nie..terlalu mahal jika dikeluarkan pada benda2 yg tk patut kita tangisi. mungkin juga Allah kirimkan suatu perasaan sayu, indah dan hiba itu untuk beringat pada-Nya. Ya, mmg fN rasa mcm2 skrg nie. Subhanallah, nikmat itu bukan sekadar kegembiraan..bila berduka juga nikmat. betapa Agungnya yg MAHA ESA. nikmat ketika sakit, nikmat ketika sedih..Allah s.w.t sentiasa disisi kita..Aminnn..





Wednesday, May 22, 2013

Jodoh Sudah Tertulis, Tidak perlu Berduka~



Assalamualaikum..
eh baru perasan jiwang betul entry fN kali nie.herher.
ekcelly, tu je yg terlintas dlm fkiran nie..tkpe tajuk tk pntg pun yg pntg isinya kan.okey let's read!

4.5.2013- Saturday.( esok PRU13 wehh!!jom kita mengundi..~)

Today is Kak Ina’s Engagement, Kak Liza’s wedding, Tahlil(arwah pak uteh) and kenduri doa selamat (mak uteh nak ke umrah). 4 in 1. Yeay! Tknak cerita panjang2.
Btw, mostly ramai cousin2 prempuan fN yg dah mndirikan rumah tangga n bakal2 tak lama lagi..tggl bbrapa kerat je including me.
Oh noo..bila semua da kawin, msg2 kelek anak. Dah makin berkurang lah geng2 n team2 gosip mak jemah fN.so sad.:(
Maklum laaa, sbelum kawin boleh la nk sembang2 bagai plus dyorg pun layan je kepala otak fN.
Bila msg2 dah kawin, da trbatas la kan. N dah ade jurang.huhuk
So, fN hanya mampu mmbawa diri je as a “ANAK DARA” yg msih belum berkahwin.




KAK INA N HER FIANCEE.SO SWEET KAN BOTH OF THEM

HANTARAN DARI PIHAK PEREMPUAN.SWEET IN BLUES..:D


HANTARAN DARI PIHAK LELAKI. PINK GITEW!JELES BETUL FN TGOK.HAISH!



KAK LIZA..WITH HER KIMONO'S ATTIRE. BRGAMBAR BRSAMA MAK2 SEDARA.






Seronok sehh tgok org kawin sejak dua menjak nie..seronok tgok je laa.belum ada hati nk ke arah tu..pnjg lg cita2 nie..
Tringat mak ayah fN pun selalu usik2 fN
“bla nk bawak balik calon menantu ibuabah.”…”skrg kawan ngn siapa..”..”ibu berkenan tgok si…niee..blaa..blaa.blaa..”
Haaa dlm hti fN nie..”dah mule lah tu ibu abah nak tanye2 tu…nak kenen2 kan lah tu ngn spe2..”
Oh nooo..fN blum brsedia dr segi mental n fizikal.
Klau ibu abah ckp je pasal kawin or nk kenen2 nie, cpt2 fN tukar topik.tk pun lari masuk bilik.herherher.
Mmg ada yg  nak masuk “JARUM” pun, tp fN tolak perlahan2 dgn alasan yg kukuh.
Tp kalau sgalanya dah ditetapkan oleh Allah s.w.t, fN terima..ssungguhnya Allah tu Maha mengetahui apa yg terbaik untuk kite..:D





EEHH..SIBUK JE BUDAK NIE NAK MENYELIT.BTW, THIS IS REAL ME.

K SEKIAN...~~~



Tuesday, May 21, 2013

WOMEN+GIRL..please take note!

Assalamualaikum..haaa.ingt lg tk entry ttg lelaki memasak yg fN pnah update tu..okey now let's read about girl pulak..:D


Satu soalan CEPUMAS especially for girls..n also fN sndiri.
”AWAK PANDAI MASAK TAK?”
Haha..ape fN nak jawab weyh..
“boleh la..?Tk reti la..? oh..masak bukan minat saya laa..? I HATE it!.”
Camtu ke?
Hehe..
Usually, yg selalu tanya mcm nie adlah golongan lelaki yg jenis pemakan n amat mmntgkn etika pemakanan dye.cehHH
sstgh lelaki nie amatlah cerewet bab2 makan nie.klau boleh dye nak 2 org yg pntg nie je masak utk dye..smada IBU atau WIFE..right?


Actually, fN memang minat memasak..
Tapi tak la macam chef tu kan.
eh no! bukan bangga diri ke apa ke. Jgn salah faham! hehe.
Just to share je. org lain juga dpt ilmu yg baik tu kan.:)

fN akan masak ikut cara fN sndiri lah yg mane fN tau brdarkan pmerhatian sgala bagai.
Tk la detail sgt smpai nk kena pntgkan hiasan sume.haha
Yg penting RASA tu je.and kekemasan dlm masakan.also warna2 yg ceria.haa yg tu mmg fN pentingkan sgt.

fN suke masak bnde yang bukan fN sorg je boleh makan,
Org lain pun boleh.
Dan fN jugak suka mncuba ssuatu yg baru.haha.
Bila crita bab masak nie kann..
fN tk boleh lupe lah satu crita nie.


One day tu fN tringin sgt mkn pudding caramel
then fN pegi la search kt google bagai resipi utk buat pudding nie
fN jumpa satu resepi yg pling simple n bahan2 yg dah sedia ada kt rumah..
Buat punye buat la kan..ikut satu persatu timbangan, ukuran segala bagai.
At the end, SURPRISE! Tak jadi !sedih betul! Kenapa tk jadi.kenapa?kenapa?semua fN dah ikut.rsa nk nangis sbb tk jadi. Hampa betul time tu. Pudding tu jadi mcm mane tah bntuknye. Tak pejal lgsung,(betul ke bhasa nie?tibai je la…), then rasa yg teramat2 manis lahai..kalau spe ada pnyakit nie mmg brtmbah2 la makan pudding fN nie..=.=
Tbe2 ibu cakap “nie mesti trlebih excited smpai ad yg salah sukat nie..rupe2nye betul lah tuu..
Gula 4 sudu besar makan, fn perasan 4 cawan.haish..!then, masa kacau telur tu tk boleh smpai berbuih..
Ohhhh..mencikk!!
Tp fN tak putus asa..buat kali kedua dgn penuh berhemah!dan akhirnya JADI! Yeayy..seronok betol kalau masak something yg hasilnye sedap n penat pun tkpe asalkan berpuas hati.ahak3.



Lg satu, fN suke masak bnde yg fN minat n makan..
Dri umur darjah 5 lgi fN da blaja ke dapur.
Time ibu bersalin kan adek2, sape lagi nak masak..kan?
Kalau abah ke hospital, jaga ibu..fN ngn akak je kt rumah..
Akak fN pulak memang takkan pilih untuk ke dapur.hehehe
Dia lebih suka mengemas.
So, mase ibu pantang, fN masak la slow2..sebab mase tu lapar punye pasal.
So selak2 la segala bagai bahan untuk nak masak.
hehe..kdg sedap, kdg cam hampeh je rasa dia..
but fN dah ke dunia dapur dri drjah 5..so dah tk heran dah minyak percik kne kt tgn ape semua.
Masa ibu berpantang, kena masakkan kt ibu gulai asam pindang, sup, asam rebus or apa2 je asalkan direbus.
Mula2 ibu ajar nk masukkan apa dulu, masuk itu ini.tumbuk itu ini..SIAP!then ibu rasa la..
Then ibu komen…tp komen yg mmbina.
“Okey hari nie masak tawar sikit..nnti tambah sikit lg garam..”
“Okay hari nie masak trlebih masin, kalau nk buang rasa masin, tmbah skit asam jawa.”
Haaaa..ibu n fmily sume tk pernah patahkan smgt fN..apa yg fN masak even sedap ke tak, dyorg makan je..n any comment yg mmbina tu fN cuba perbaiki..
N now, dah tkde dah sbrg kutukan..aminnn..herherher


Alhamdulillah,
Ilmu yg ade belum cukup lagi tpi masih mencuba menambahkannya..
Untuk dipraktikkan..
Org kata, “masak nie ko pakat campak2 je”..
Tapi..kalau kite tk thu ape yg nk dicampakkn dulu, same je kann?
So, ape2 pun pengetahuan tu penting..


Nak memasak pun ade step..ade langkah..ade cara..
Ibu selalu pesan “nak amik hati suami, masak lah yang dia suka”..
Betol tu..!hehe.abah fN kan tak penah complain ape yg ibu masak..
Kate abah..”ibu masak je yg sedap bg tekak abah nie..”..hehe..
Sweet kan…
Sebab tu ibu cakap, ilmu masakan nie penting dari awal lgi.
Jgn nk kawin nnti baru nk belajar..
Diri sendiri yg susah..

fN suke tgok crite2 masakan..
Kadang2 sehari suntuk tgok org masak kt tv..
Alih2, fN tak pon masak bnde tu…tgok je..
Mane thu dpt idea baru kan..
Kadang2 kalau fN rasa satu makanan tu sedap, fN cuba cri resepi dia smpai lubang cacing.hehe


So, bg kaum wanita kt luar sana,
Nak pikat hati suami bukan susah mana..
Just masak mkanan kegemaran dia.
Konfim suami lekat dekat rumah..
Cehhh bagi nasihat mcm berpengalaman pulak..kawin pun belum.hahak..
Tp bercakap pun atas pemerhatian jugak kan.
Rugi lah prempuan yg sgt menjaga kulit, smpai takut minyak, takut pegang ikan, ayam(busuk katenyer..) or takut pedih kupas bawang..
Tkkan nnti kawin hari2 beli kat luar.
Kesian si suami n diri sendiri..lapar je kena keluar kan..
fN pantang kalau dgr perempuan tk reti masak sebab geli sgala bagai..so gedikk+mengada2.(oppsss..sory trlebih sudah)
kalau tk reti sebab belum sempat mencuba takpe lgi..
tp jangan lah cakap geli or tak suka..
sebab itu akan mnjadi tggungjawab si isteri.
Kan3..?
Ok,fN tk la cakap fN bangga sebab boleh memasak apa..Cuma nak kongsi rasa hati fN.
Rasa keterujaan fN bila di dapur..sharing is caring right.
Insyaallah fN tringin nk jadi mcm ibu fN..serba boleh.
Cakap je nak makan apa, sekelip mata siap.hehe.
Ok smpai sini je kot..bye..<3..:*

*gmbr sekadar hiasan.nmpk sedap sgt..pheww.:D







Tuesday, January 22, 2013

Liku2 keHiduPaN~~




ASSALAMUALAIKUM..

HAI semua! berjumpa lagi kita. nie fN nk cerita serba sedikit life baru fN kt kolej baru nie..
maklum lah..excited+happy dpt semua baru..ngee,,~
sebelum nie fN stay kt TPH..n now kt THZ..
dulu jumpe sume senior2 je..skrg nie budak2 baru..
BULI?
tkde laaa...fN baik.tk sggup nk buli2 nie..hek3..
pling teruk pun buat siput sedut..haha.:D
so far, stay kt sini okey la..seronok..dpt kenal mcm2 org..dpt rapat ngn MT2 lain..
kenal2 org..
pling best bile dpt involve dlm satu event tu..walaupun penat, tp best..
event first adalah HAMZAH NEW GENERATION..
..budak2 part 1 wajib amik tndtgn MT2...mcm biase lah kan..n pnutup, dyorg kene perform cheers level n persemahan nyanyian..
fN cume lead2 n bantu dyorg skit2 je...bg idea n support dyorg..
so, level fN buat performance nyanyian..best..:D,,dyorg sporting..


HAMZAH NEW GENERATION..held on the second week after naik je new sem.

yaya dan saya..:D


okey, event kedua pulak "KAULAH SEGALANYA"..time nie kitorg pegi melawat rumah org2 tua kat Taman Bukit Larang Indah, Telok Mas...
act, dekat sgt dgn rumah fN ..tp fN tk pernah thu pun kt sini ade rumah org2 tua..
so, ade hikmahnye juga fN pegi sbb dpt new experience.
seriesly sbnrnye fN sgt2lah excited kalau bab2 pegi tmpat baru n brjalan nie.hee...
nmpk tk muke excited fN..:D

sampai sana, KP brief psal kerja2 yg kitorg kena buat..
ade lbih kurg 9 buah rumah kt sana..
msg2 dberikan sebuah rumah..utk dibersihkan luar n dlm..
fN group yg ke-4 ...so fN n team fN pun kmas rumah nom 4...
at the beginning, fN kemas luar...then masuk dalam..
fuhh penat juga mengemas ni..
hehehe..tp tkpe, fN rase puas hati bile semua nya tersusun rapi..
rumah yg kami kemas tu rumah pkcik Salleh
smbil2 kemas, sembang2 la..mklum lah, fN nie tk reti diam sgt.hohoh

kalau korg nk thu, pkcik Salleh nie ade masalah penglihatan..mate dye kecik je.
dye citer jugak..dulu mate dye elok aje..mungkin Allah nak uji dia.
satu nikmat yg pling indah tu, dah kene tarik..
tp dia sgt tabah..kagum..
sambil2 sapu lantai n mengemop, mata fN tk lepas dri mmndang sudut2 gmbr kt dinding rumah tu..
"hensem pakcik nie mse mude2 dulu"....
pakcik Salleh jwab dgn senyuman..
mulutnye tk lepas2 memuji Tuhan dgn zikir agung..smbil jari jemari menggerakkan tasbih..
dalam hati fN terasa sayu je..betapa mulia org sbegini di sisi Allah..
fN mulakan perbualan supaya pakcik Salleh rasa selesa..
fN hiburkan hati dia dgn lawak2 jenaka..
ternyata dia tersenyum..
walaupun tk dpt lihat telatah fN tp fN yakin dia dpt merasakan semua nya..


dia bnyk berpesan pda fN..
pling2 fN tk boleh lupe bile dye kate..
"walau apa pun, jgn sesekali buang ibu bapa kita..gmbirakan hti mereka"
mndalam maksudnye..seolah2 mnggambarkan kesedihan di hati dye..
menitis air mata fN..naseb bek time tu fN sorg je yg duduk depan dye n smbg2 ngn dye..
time tu pun dah hbis kemas..
n nasib baik jugak dye tk dpt lihat air mata fN yg mencurah2 jatuh..
sungguh..sebak rase..
fN terbayangkan ape prsaan mak ayah fN kalau fN buat mcm tu..nauzubillah..
jauhkan lah dri mnjadi anak yg tk knang budi..
sedih..ya allah..
fN bnyk mndengar cerita2 dye..dri kisah dye muda, kerja, kahwin...smpai lah mcmne dye boleh masuk ke situ..
sedih...
tpi itu semua ketentuan-Nya...manusia tk layak menghukum dn mmberi kata nista..
biarlah itu urusan dgn Tuhan..setiap yg tertulis itu adalah dgn kemahuan-Nya.

dlm sedar tk sedar, smpai ke zohor jugak fN duk bersembang..
fN tk kenalkan pun name fN kt dye...
tp dye dah kenal suara fN..
lastly, fN suruh dye pggil fN "fara"...
mase nak balik, fN cium tgn dye..belum smpat fN bersuara, dye cakap "fara terima kasih la tolong kemas2 tdi, jaga diri belajar pandai2.."..
terkejut juga..btapa istimewa nya dye..dikurniakan pancaindera yg istimewa..
yg dpt kenal sseorg tnpa melihat..
itu semua hnya dye yg thu..subhanallah..


nie la rumah pakcik Salleh



bersih kannn...:D

ruang bersntai..

nie la pakcik Salleh..:(



penyelia rumah org2 tua kt situ.
barisan warga emas..

yeay!!!!kami seronok di sini....

p/s: moral of the story, sayangi lah kedua ibu bapa kita...as long as kita bernafas kt dunia nie, bahagiakan mereka n jgn tggl secebis zarah pun ruang kesedihan d hati mereka...insyaallah, jika kita berbudi pada org tua kita, akan datang bila kita punyai anak, anak itu akan membalas segala perkara baik pada kita..percaya pada ketentuan Allah s.w.t adalah segala2nya....:)