BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM....~ASSALAMUALAIKUM~..

Tuesday, December 31, 2013

HARGAILAH MASA, SEMENTARA IA MASIH ADA.~

Assalamualaikum..

eh! eh! eh ekcelly nak tido nie haa, tpi kesepian yang melanda diri ni ditambah pula kerajinan yang terlampau mendorong jejari2 menaip warkah sepi yang tak seberapa. Ewah~~ skemanya.haha

Ehem, 31 Dec 2013. last day in this year. 
Just terfikir, Ya Allah, begitu cepat masa berlalu..
antara sedar atau tidak. this is the year yg fN rasa macam sekejap sangat..
apatah lagi tahun2 yang akan datang? 
fN rasa macam baru semalam bulan Januari. alih2 dah Disember. 
Allahu, masa yang semakin lama semakin pantas ni adalah salah satu tanda2 hari kiamat. Astaghfirullahalazim, antara sedar atau tidak kan..:").


fN ingat lagi kalau dulu waktu sekolah dulu. nak tunggu dari pagi sampai ptg mmg lama sgt rasanya. 
kalau pergi sekolah, 1 day tu pun terasa lambat.
 1 jam pun dah rasa bosan. terasa lama sangat lahhh. 
time tu selalu mesti kita akan cakap "Eiii, lambatnya. kalau lah masa nie cepat berlalu kan best..
tak sabar nk habis sekolah..tak sabar nak itu..nak ini..bla bla bla.". 
Nahh! sekarang bila masa berlalu begitu pantas sampai kan kita selalu merasakan nak berpatah balik pada waktu yang lambat yang mana dapat kita isi dengan macam2 benda.


 Just now, dalam sehari tu kadang2 fN sendiri rasa macam kejap sangat. 
Alih2 tau2 je dah tengahari, petang, malam....n tidooooo..~ see? 
kadang fN berfikir jauh. Jam nie makin cepat ke? 
macamana jam boleh berputar laju sedangkan putaran jam tu statik n tak dipengaruhi oleh mana2 keadaan. Bukan jam yang cepat or pantas, tetapi MASA yang ALLAH pinjamkan untuk hamba2nya tu samada digunakan sebaiknya atau tidak. 


Ibu selalu pesan, MASA yang ada tu jangan pernah sia-siakan. mendalam maksud tu. Even 5 minutes free time, do something. Kalau kita guna MASA itu sebaiknya dan diisi dengan perkara berfaedah, for surely kita rasa hari2 yang dilalui adalah yang terindah. 
Tapi zaman teknologi canggih sekarang nie, every single things hiburan semata. 
ada pun perkongsian ilmiah tu maybe about 40%(for fN lah) yang lain lebih kepada perkongsian lisan dan hati.ahaaa..
even fN sendiri pun terkadang leka juga. tipu lah kalau i always be punctual on time or sangat2 patuh pada masa.
Kita bukan robot ye tak,.But, the most important things, you need to manage your own time.




" If you are able to manage your time, you will able to manage every single things in your life". Remember this quote, this will help you a lot.


Rasulullah SAW bersabda, ''Hari Kiamat tidak akan datang kecuali waktu semakin singkat. Penyingkatan ini terjadi sedemikian cara seperti satu tahun yang berlalu seperti sebulan, dan sebulan yang berlalu seperti seminggu, dan seminggu berlalu seperti satu hari dan satu hari yang berlalu seperti satu jam dan satu jam yang berlalu seperti secepat kilat.'' (Tirmidhi, Zuhd: 24, 2333).

Allahu..sekadar perkongsian.dan peringatan juga pada diri yang tidak seberapa nie...:'D

Monday, December 30, 2013

INDAHNYA SALING BERMAAFAN

Assalamualaikum..

Hari ni nak update sikit pasal satu benda yang paling susah orang nak buat even that’s the simple thing actually, Iaitu “MEMAAFKAN”.
 Eh, ada orang tanya “simple ke nak memaafkan tu?tahu tak betapa sakit hati nie, bukan senang2 nak maafkan orang tu tambah2 dia dah buat macam2 kat kita!!”..

Nahh, ini lah cabarannya, bila kita nak memaafkan orang, seringkali hati dan fikiran dipermainkan. 
Jiwa lantas berkocak2 sampai terbitnya di sudut hati “Aku tak akan maafkan orang nie sampai bila2. 
"Aku benci dia. Aku takkan ambil kisah lagi pasal dia..”.. YES! Bukan senang nak melupakan sakit hati, bila terkenang apa sahaja yang seseorang lakukan pada kita, rasa macam ape je kan.

But, we need to avoid any negatives feeling. 
Just move on dear. 
For me, if u ask me “ how long have you spent your time to forget all the bad memories.  N don’t you think your forgiveness is such as useless because surely the same things gonna be happen again.?..”. 
And INDEED. I DON’T HAVE THE ANSWER  FOR THAT QUESTION. 
For me, forgive first n forget everything.
 Two simple words but It’s very meaningful.


Allah berfirman:

وَلْيَعْفُوا وَلْيَصْفَحُوا أَلَا تُحِبُّونَ أَنْ يَغْفِرَ اللَّهُ لَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

"...dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." (QS. An Nuur, 24:22)



Ya ALLAH, betapa mulianya sikap saling memaafi sesame kita. 
Kita je yg tak nampak, dan kadang2 kita tahu benda nie tapi still buat endah tak endah. 
Ego yang menebal dalam diri mengatasi segalanya. 
Let say lah, kalau korang rasa benci n sakit hati sangat dekat someone, no worries. 
Take your time to calm down your bad feeling. 
Ambillah sebanyak masa pun untuk muhasabah diri, bukan lagi membenci. 
Ambil masa untuk berfikir, kadangkala diam adalah jalan terbaik atas segala permasalahan. 
Bila rasa hati semakin tenang, semak kembali apa yang telah kita lakukan. 
Jika bukan salah kita sekalipun, mohon maaf dengan rendah diri adalah yang terbaik.




Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah  bersabda :

“Barangsiapa yang didatangi  saudaranya yang hendak meminta maaf ,hendaklah memaafkannya,apakah ia berada dipihak  yang benar ataukah yang salah, apabila tidak melakukan hal  tersebut (memaafkan) , nescaya tidak akan mendatangi telagaku (di akhirat) (HR Al-Hakim)

“Jika hari kiamat tiba , terdengarlah suara panggilan, “Manakah  orang-orang yang suka mengampuni dosa  sesama manusianya?” Datanglah kamu kepada Tuhan-mu dan terimalah pahala-pahalamu .Dan menjadi hak setiap muslim  jika ia memaafkan kesalahan orang lain untuk masuk surga.” (HR  Adh-Dhahak dari ibnu Abbas Ra)


Sesungguhnya lebih besar pahala mereka yang memaafkan dari mereka yang datang meminta maaf. To be positive, sebelum tido pesan pada hati dan minda dengan kata2 ini..

“Barangsiapa yang tidak mahu memberi ampun  kepada orang, maka ia tidak akan di beri ampun “ (HR Ahmad dari Jabir bin Abdullah Ra)

 Mari kita belajar dari sifat pemaafnya Allah kepada  para hamba –NYA yang telah membunuh para wali-NYA.  Sifat pemaaf Rasulullah pada umat yang menyakitinya. Teladan para sahabat R.a yang  mahu berlapang dada kepada saudaranya yang telah menyinggung perasaannya. Sedangkan Nabi juga mengampuni umatnya, inikan kita yang hanya insan biasa. Allahu..



*pesan pada hati fN juga sebenarnya. Kita hanya insan biasa yang sering kali melakukan kesilapan. 
Jika kita suka dan mudah memaafkan orang, insyaAllah orang juga mudah memaafkan kita.
 Sesungguhnya kesilapan itu seringkali kita lakukan dan sudah sebati dalam hidup setiap orang, 
penawar yang mujarab adalah saling bermaafan.
 Got the point? 
yeah, i've got to go. 
Ingat ye, sebesar mana pun kesalahan seseorang, kita  bukannya siapa2 untuk menghukum.. 
Forget the past, yeah u can take your own time. 
maybe 1 day, 1 month, or even 1 year to forget everything. 
That time is yours, but remember when u back, FORGIVENESS is everything. 
let bygones be bygones. 
Pesan pada hati, pada diri, pada iman..Sekiann~~:*

Friday, December 20, 2013

Let's have FUN at REDTMA Recreation Sport Centre!!!



Assalamualaikum n hello to all readers.
Okey tajuk entry hari nie mcm have fun n happy2 skit. 
Maklum lah bila dpt outing n  hangout dgn kengkawan, rasa mcm dpt release sgala tense+pressure+hard feeling yg entah apa2 tu.



REDTMA  Recreation Sport Centre nie dekat je. Ahaa,, kat MELAKA jugak. Kalau tau ZOO MELAKA, confirm tau tempat nie kat mana sebab dia kira bersebelahan je. If korang berminat nak datang sini, this is their contact information and address. 

Pusat Rekreasi Air,
Jln Tasek,
75450 Ayer Keroh,
Melaka
Tel: 06-232 7685


Btw, nak cerita last 3 weeks baru je naik sem baru which is our last semester, we went to REDTMA.(haa, baru dpt post this entry yg sekian lama ada dalam draft).herherher. 
Best kot tempat nie. Macam2 aktiviti outdoor+indoor ada kat sini seperti:

-kayaking
-paintball
 -archery
-wall climbing
-jungle trekking
-river crossing
-night walking
-golfing
-flying fox
-chess
- karaoke (open n just for have fun)


Sebenarnya banyak lagi aktiviti kat sana.
Tapi kami cuma dpt naik kayak je. Huhuh sedih gila!
 Sebab masa tu pun ramai gila orang yg buat program kat situ something like 
“TEAM BUILDING programmes”.
 Sebab tgok ramai pakai baju warna sama, n sambil2 tu jeling2 jugak dekat aktiviti yg diorg buat...
So, nak naik flying fox pun tk berkesempatan sbbnya nak kena tunggu orang lain yg dah reserve awal tu settlekan program diorg dulu. 
So pity kat kengkawan fN yg nak sgt naik flying fox tu. 
fN pun kalau ada kesempatan mmg nak naik, tp tgok ramai2 cenggitu..fuhhhh. 






Sesiapa yang tak tahu tu,  for kayaking rm3(tak sure if sekarang dah naik harga)
But, price berbeza ikut jenis game. Ada yg rm5 and so on.
But, no worries, harga semua mmg affordable. 
without any limit hours korg nak main.
Better pegi la awal pagi around 10 am ke atas dia dah bukak.
Kalau tengahari nak berkayak, alamatnya hitam legam lah kalian.haha lewls
Tapi fN lagi suka buat outdoor ni petang2 sikit, waaa best rasa environment tu.
Kat sana pun meriah jugak, ramai yang jogging and lepaking.
 Masa kami berkayak tu, lama la jugak.
fN pun ingat ada limit masa but diorg ckp main la sampai puas.
So, mmg puas sampai habis basah2 seluar kami semua.kahkahkah. 


dlm banyak2 gambar, fN suka gila tengok gambar swan2 nie.:D comel je bila sekoq tertinggal kat belakang.

posing kejap!hahaha



Then, dlm pkul 12pm tu kami pun bergerak meninggalkan REDTMA. 
habis seluar baju basah dah mcm pergi swimming pulak. 
Then pergi jalan2 bershopping bagai. after that, lepak2 tepi pantai dekat Klebang. 
Tired but seronok sangat. 
Thank you guys for this wonderful day. Appreciate it too much. 
Bila tengok gambar rasa macam excited nak pergi lagi sekali. 
tkpe2, next time kita plan lagi ramai2 okey! :* 



 THANKS FOR READING!!:)


Sunday, December 1, 2013

NyummYY~ ResepI MUDAH dan ENAK. cHocoLate moist cAke.

Assalamualaikum...hey guys, tk tau nak update ape tp tk kira nak update jugak..!haha.

Okey ada kawan2 fN tanya resepi buat choc moist cake paling mudah, so fN bg la resepi yg fN dpt dri sepupu fN sendiri. 
Dia mmg ade bakery shop n dah brpengalaman lah buat2 kek, muffin, roti, pizza, donut n mcm2  lagi.herher.
So, masa kerja dgn dia fN pn sempat la amik sikit2 ilmu dia. 
Mostly, fN amik resepi makanan yg fN suka lah..
baru SEMANGAT sikit nak buat. tengok dia buat macam senang je..macam best je,HAHA.
 Okey, nie resepi nya kalau nak cuba...


Bahan A (kering): - untuk adunan 1/2 kilo kek

210 g      TEPUNG GANDUM (ayak supaya kek lebih ringan)
300 g      GULA HALUS
1 1/2tsp  SODA BIKARBONAT
37 g        KOKO (lg sedap yg jenama VAN HOUTEN)
1 1/2tsp  BAKING POWDER
1/2tsp     GARAM


Bahan B (basah):

1cwn      MINYAK MASAK
1cwn      SUSU CAIR
1cwn      AIR PANAS
2biji        TELUR


Cara2 (rujuk gambar di bawah)   :)

1) Campur semua Bahan A dan Gaul rata.




2) Campur semua Bahan B dan kacau rata.


Bahan2 yg dicampur


Bahan B menjadi rupa seperti gambar di atas

 3) Masukkan Bahan A (kering) ke dalam adunan Bahan B SEDIKIT DEMI SEDIKIT.



4) Apabila sudah sebati, masuk kan ke dalam loyang
Apabila Bahan A dan B dicampur


5) Jika hendak kukus kek tersebut, kukus dalam tempoh 1 jam dgn api yg perlahan. or  Kalau nak bakar, suhu lebih kurang 120-140.
*fN lebih suka kukus sebab kek tu rasa mcm basah sikit..sedap je. tapi kalau bakar pun confirm sedap punya. heheh


 GANACHE (cairan coklat):

250 gm   Cooking Chocolate
125 gm   Dark Chocolate
125 ml    Susu Cair
6g           Marjerin/Planta     
* yg sukatan nie korang boleh agak2 je. kalau tak tepat ukuran pun takpe..yg penting cairan coklat tu tk berapa likat n tak berapa cair.:D            



nie lah rupa Ganache tu.


Okay, nie rupa bentuk kek yang da siap dikukus! pastikan betul2 masak ye..
                     
   
So, boleh la ratakan Ganache tu dekat kek perlahan2.
 yg dekat keliling tu memang fN lebihkan coklat
 sebab fN nie mmg penggemar coklat.huhuk
                     
     
TARAAAAAA..!!!YEAAYYYY!!
 Chocolate Moist Cake da pun siap.:D
Nie adik fN yang tolong decorate.
katanya nak test power.hehe


                   
                                            Gambar Hiasan: Birthday dua hero fN nie. nak kek coklat je..tknak kek lain.hehe




Okey, Sekian.Thank you baca..:D