BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM....~ASSALAMUALAIKUM~..

Saturday, August 29, 2015

Jom Jalan2 di Melaka: Tempat2 menarik sekitar Melaka

Assalamualaikum, 
so entry kali ni suka untuk fN share la serba sedikit keindahan bumi hijau Melaka. 
Asyik pergi negeri orang, tak sedar negeri sendiri pun belum sempat jelajah habis.hehe. 
Actually fN ni memang kaki jalan, plus suka sangat tempat2 yang ada unsur2 kesenian, 
alam semulajadi and paling penting tempat tu bebas dari hiruk pikuk manusia.


Melaka ni mmg banyak sgt tempat jalan, nice view untuk photoshoot and so on. 
Antara tempat2 familiar adalah seperti;

 A Famosa
Dataran Pahlawan
Banda Hilir
Jonker Walk
 Malacca River Cruise 


Uishh, banyak sangat tempat2 bersejarah kalau nak list kan
belum termasuk lagi masjid, sungai, makam diraja, perigi Hang Tuah. bla..bla..bla
Untuk orang luar yang datang Melaka, please lah spend time lama sikit sebab sehari nak berjalan mmg tk puas!
hihiks!



So, pada hari tersebut fN plan nak pergi Taman Mini Malaysia&Asean untuk throwback sejarah2 lama and menikmati keindahan seni. 
Best untuk sesiapa yang minat dengan hasil seni ni. 
 for those yang mcm takde perasaan seni ni mungkin rasa macam takde feel kann. 
ye la setakat tengok rumah2 setiap negeri je pun
dalam hati mesti  cakap 
"wei, ape yang seninya weii. tu yang aku duduk tu pun rumah jugak. celah mana seni!"
haha
but not fN. siap request nak rumah kampung mcm tu .haha
setiap rumah nak masuk, hayati keindahan seni
dalam hati ." i wish that this house will be mine one fine day"(berangan lah kau!)


HARGA TIKET?

Dari segi ticket price, so far mmg affordable lah. 
Untuk dewasa, RM18. Kanak2 RM12 (with mycard). 
Untuk tourist(without mycard)
a bit different lah. 
tak silap fN dia charge around RM21 for adults and RM15 for children.

*price will be changed from time to time.



AKTIVITI DI TAMAN MINI?

So, kalau korang datang sini..korang boleh tengok tarian kebudayaan pelbagai negeri. 
Ada dua session, on 11 a.m and 2 p.m.
penting untuk rancang masa kalau betul2 nak tengok okay!

Then, ada juga orang2 yang buat kuih tradisional and jual dekat situ.
Jangan pelik kalau masuk mana2 rumah nampak makcik2 tengah duduk bersila buat kuih kapit ke apa.
tu betul manusia, bukan hantu.hahaha
karang ada yang berlari pulak terkejut.
makcik2 tu ambil peluang menjana pendapatan, tp okay what. kalau teringin rasa kuih tradisional panas2 boleh terus cuba okay. 
tp, bukan free tau!hehe


For those yang berminat untuk menunggang kuda pun ada jugak. bayaran around RM10-15 :)



FASILITI?

  • Surau
  • Tandas
  • Galeri menjual alatan seni
  • Kedai jual minuman dan makanan ringan



jom fN belanja tengok gambar2 !



RUMAH PERLIS




RUMAH KEDAH
bergambar di pelamin (RUMAH KEDAH)

LEPAK SANTAI MINUM2..(nampak tak ada orang berniaga tu?)

RUMAH SELANGOR. 


 RUMAH SELANGOR(ruang bersantai)

RUMAH SELANGOR(dapur)

RUMAH TERENGGANU

RUMAH SABAH. (comel kan?)hehe

RUMAH SABAH(dalam)

view dari titi. tenang je duduk lepak sini!

RUMAH SARAWAK (satu2nya rumah yang dipagar tak boleh masuk.ohh ruginya!)



Alright!sekian sahaja dari fN.
Jangan lupa sesiapa yang jalan2 Melaka singgah sekali RESTORAN PAK PUTRA dekat area jalan Kota Laksamana!(sila lah waze.haha)
 Roti naan cheese dia pehhhh tangkap leleh
terbaik! selalu buat fN craving.


Nak jalan area2 lain sekarang banyak tempat dah!
yang terbaru ni THE SHORE (ada SKYTOWER yang tinggi gila nak mati.haha boleh nampak view 1 Melaka)
, PANTAI KLEBANG, DATARAN 1 MALAYSIA,
and so on.



SELAMAT BERGEMBIRA! 


PETUA BERPANTANG CARA TRADISIONAL DAN KEBAIKANNYA.

Assalamualaikum

haa kat sini ada beberapa petua tradisional atau tips2 ketika berpantang yang
 fN nak kongsikan untuk pembaca. 
Ehem, actually bukan fN la yang bersalin tp kakak fN sendiri. 
Cuma berpeluang jaga dia masa dia berpantang untuk dua2 orang anak dia ni, 
alhamdulillah ada la ilmu tu sikit2 untuk kahwin nanti..LOL.haha


1. Macamana cara pemakanan orang berpantang ye?


FIRST TWO WEEKS


Untuk minggu pertama hingga kedua berpantang, elakkan makan makanan yang berkuah/berair. 
Kata orang2 dulu, masa awal2 bersalin tk elok makan basah2 tim. 
Makan kena yang kering je.
 Valid reason pun fN tk tahu tp bila ditanya 
“taknak yang dekat tuuttt tu basah je. (faham2 sendiri la kan).
Nak luka tu cepat kering kononnya”.haha 
fN senyap je la dengar, mungkin ada juga baiknya kan. 
So, untuk kakak fN berpantang ni , fN akan masakkan dia ikan panggang (balut daun kunyit/daun pisang) and sayur sawi most of the time. 
Dia pun tak cerewet mana, sebab dah ada pengalaman masa anak pertama pun makan benda yang sama hari2. Kena lah bertahan kan utk 44 hari, kalau nak badan sihat cepat.
 Jaga makan tu sangat2 penting okay!


Haa part sayur ni kena la take note sikit sayur apa yang sesuai makan and apa yang tak. 
Contoh, sayur sawi paling bagus untuk orang berpantang sebab tak sejuk. 
Kalau sayur mcm kobis, lobak, kangkung semua tu mmg tk bagus. 
Bukan apa, kata org tua sayur yang sejuk ni effect kat badan kita jugak. 
Then, kadang sesetengah baby perut dia akan cepat kembung kalau ibunya salah makan.


So, for the first two weeks ni elakkan makan benda2 ni;

  • -          Kunyit hidup/serbuk. Depends on baby, selagi kuning dia belum hilang jangan berani2 nak makan.
  • -          Lada hitam. Masa awal2 tk digalakkan makan lagi sebab takut badan panas.
  • -          Ikan yang gatal. Contoh, mcm cencaru and so on la. Actually, jenis ikan ni pun depends on someone tu whether dia boleh makan ke tak or dia rasa gatal2 ke tak dekat “situ”. I means kt situ la yang kena jaga kan. Nak elak gatal and so on. So, bak kata ibu,  actually ikan gelama ni yang paling sesuai . fN pun taktau kenapa. so, ikut la ikan apa pun yg penting org yg makan tu tk rasa gatal2 ke apa.



THIRD WEEK 

Masa minggu ketiga berpantang tu baru lah boleh makan yang berlada hitam or berkunyit ni. 
Sebab dua2 tu sebenarnya sgt2 bagus untuk dalaman wanita. 
Masa ni dah boleh nak makan makanan yang berkuah. 
Luka pun dah kering sikit. baby pun dah hilang kuning.
But, most of the time kakak fN akan makan ikan panggang, sayur sawi, ikan bilis goreng tumbuk dengan lada hitam dan bawang. 
Fuhhhh! Pernah jugak try. Sedap walawehh!!



2. Apa yang perlu dilakukan masa mula berpantang sampai habis?


BERURUT


FIRST, untuk yang bersalin normal boleh la cepat2 call mak bidan suruh datang urut ye.:) 
Make sure korang dah mmg plan nak berurut dengan siapa2 
yang korang selesa ye before bersalin lagi.
 Takut2 mak bidan yang sibuk tu tak menang tangan pulak.
 So,penting untuk reserve awal2 mak bidan yang anda mahu. 
Selalunya, orang akan berurut selama 3 hari berturut2. 
Mak bidan ni akan buat lah segala macam benda macam bertangas, 
bertungku, mandikan baby, urut, pakaikan bengkung and 
siapkan kita mcm puteri sampailah last buatkan sekali dia akan buat sengkak untuk naikkan balik peranakan.. 
Time ni pun fN dapat jugak tengok every single things, 
dari mencari daun untuk rebusan nak mandi tu sampailah siap urut semua. Fuhh!


Actually, mak bidan yang urutkan akak fN ni mak angkat fN. fN panggil dia "MAK"
So, selain tanya ibu, suka jugak tanya dia petua2 kampung ni
.Untuk bertangas pun, mak siap bagi petua semua daun apa yang sesuai untuk badan. 
Penting kita ni dari anak dara jaga dalaman, so that bukan untuk elak penyakit je tapi untuk kekuatan fizikal kita jugak! 
 Untung jugak duduk kampung ni, nak daun2 herba semua ada keliling rumah. 
Senang sikit..hehehe


BERTANGAS DAN MANDI HERBA

                                                              APA BERTANGAS TU?
               Bertangas ni mcm sauna la jugak. Tapi kita buat kat rumah guna peralatan sedia ada.
Sini, fN share macamana nak bertangas and mandi herba ni. 

  •       Daun pokok pisang batu (kering and layu). Make sure ambil daun pisang dari pokok yang dah kering ala2 nak gugur dan rebah ke bumi. But, please jangan ambil daun yang dah gugur atas tanah tu sebab kotor dah tu. Kita, nak buat mandi kan.:) . kenapa daun pisang kering? Bak kata orang2 tua, sebenarnya nak wangi daun tu. Then, fN tanya kenapa kena yang kering? Boleh je yg biasa tu kan. Dia jawab “sebab mcm nak elak benda2 halus ni...” Wallahualam

  • Daun Sireh. Haa nii kedua terpenting. Sireh sangat2 lah bagus untuk kesihatan. Nanti fN akan kongsikan kebaikan sireh tu sendiri di mana fN sendiri telah pun mencubanya dari awal lagi. Tak payah beli kat kedai2 jamu sbbnya most of the product kat pasaran tu dah bercampur bahan kimia. And ia membahayakan wanita sebenarnya. So, the original is better!



  •                Daun pandan
  •           Daun kunyit
  •           Daun pokok lengkuas
  •           Daun limau purut
  •          Daun durian belanda



p/s: setiap daun2 tu ada keistimewaan sendiri. yang paling penting boleh boost up energy untuk ibu2 and untuk dalaman wanita.:)


So, rebus semua daun2 ni dalam satu periuk besar. 
 Untuk sessi bertangas ni, kena ada dua helai selimut tebal. 
Make sure yg memang tebal sampai udara tk boleh keluar masuk. 



CARA2 BERTANGAS:


- First thing first, kena ada kerusi plastik yang mana ada celah2 lubang so that wap dari air rebusan tu boleh sampai ke atas badan .(contoh kerusi mcm kt rumah2 orang kenduri tu) Kerusi tu kan macam ada berlubang2 sikit dekat tempat duduk tu, so that dapatlah wap naik atas.


-Kedua, balut badan kita dengan dua selimut tadi( time tu kita dah duduk atas kerusi ), balut badan n kepit seliput tu guna penyepit baju or ape2 je so that tkde lah dia jatuh2.


- Letak periuk air rebusan tu dibawah kerusi. time ni memang kita perlukan bantuan sesiapa je, selalunya mak bidan akan buatkan. kalau mcm fN nak buat sendiri, kena letak periuk siap2 then kena balut sendiri badan dgn selimut tebal tu. takdak sapa nak tolong. please fN jangan mengada.T_T)

    - So, duduk la korang selama mana pun dekat situ sampai rasa badan dah ringan sikit, peluh2 semua dah keluar. Around 30-40 minit tu bagus..! fN lagi suka lama2 fuhh mmg rasa ringan kepala and satu badan.



Alright, sampai sini dulu la. penat jugak jari jemari ni. InsyaAllah petua2 lain akan dikongsikan di ruangan yang lain. Salam sayang dari fN. Selamat berpantang untuk semua ibu2 di luar sana! yang baik datang dari Allah, yang jahi dari fN sendiri. Sesungguhnya apa yang fN kongsikan ini adalah hanya sebahagian ilmu yang dipinjamkan Allah. moga dipanjangkan, aminn.:)