Assalamualaikum
haa kat sini ada beberapa petua tradisional atau tips2 ketika
berpantang yang
fN nak kongsikan untuk pembaca.
Ehem, actually bukan fN la yang
bersalin tp kakak fN sendiri.
Cuma berpeluang jaga dia masa dia berpantang
untuk dua2 orang anak dia ni,
alhamdulillah ada la ilmu tu sikit2 untuk kahwin nanti..LOL.haha
1. Macamana cara pemakanan orang berpantang ye?
Untuk minggu pertama hingga kedua berpantang, elakkan makan makanan yang
berkuah/berair.
Kata orang2 dulu, masa awal2 bersalin tk elok makan basah2 tim.
Makan kena yang kering je.
Valid reason pun fN tk tahu tp bila
ditanya
“taknak yang dekat tuuttt tu basah je. (faham2 sendiri la kan).
Nak luka tu cepat kering kononnya”.haha
fN senyap je la dengar, mungkin ada juga baiknya kan.
So, untuk kakak fN
berpantang ni , fN akan masakkan dia ikan panggang (balut daun kunyit/daun
pisang) and sayur sawi most of the time.
Dia pun tak cerewet mana, sebab dah
ada pengalaman masa anak pertama pun makan benda yang sama hari2. Kena lah
bertahan kan utk 44 hari, kalau nak badan sihat cepat.
Jaga makan tu sangat2
penting okay!
Haa part sayur ni kena la take note sikit sayur apa yang
sesuai makan and apa yang tak.
Contoh, sayur sawi paling bagus untuk orang
berpantang sebab tak sejuk.
Kalau sayur mcm kobis, lobak, kangkung semua tu mmg
tk bagus.
Bukan apa, kata org tua sayur yang sejuk ni effect kat badan kita
jugak.
Then, kadang sesetengah baby perut dia akan cepat kembung kalau ibunya
salah makan.
So, for the first two weeks ni elakkan makan benda2 ni;
- - Kunyit hidup/serbuk. Depends on baby, selagi kuning dia belum hilang jangan berani2 nak makan.
- - Lada hitam. Masa awal2 tk digalakkan makan lagi sebab takut badan panas.
- - Ikan yang gatal. Contoh, mcm cencaru and so on la. Actually, jenis ikan ni pun depends on someone tu whether dia boleh makan ke tak or dia rasa gatal2 ke tak dekat “situ”. I means kt situ la yang kena jaga kan. Nak elak gatal and so on. So, bak kata ibu, actually ikan gelama ni yang paling sesuai . fN pun taktau kenapa. so, ikut la ikan apa pun yg penting org yg makan tu tk rasa gatal2 ke apa.
Masa minggu ketiga berpantang tu baru lah boleh makan yang
berlada hitam or berkunyit ni.
Sebab dua2 tu sebenarnya sgt2 bagus untuk
dalaman wanita.
Masa ni dah boleh nak makan makanan yang berkuah.
Luka pun dah kering sikit. baby pun dah hilang kuning.
But, most of the time kakak fN akan makan ikan panggang,
sayur sawi, ikan bilis goreng tumbuk dengan lada hitam dan bawang.
Fuhhhh!
Pernah jugak try. Sedap walawehh!!
2. Apa yang perlu dilakukan masa mula berpantang sampai habis?
BERURUT
FIRST, untuk yang bersalin normal boleh la cepat2 call mak
bidan suruh datang urut ye.:)
Make sure korang dah mmg plan nak berurut dengan
siapa2
yang korang selesa ye before bersalin lagi.
Takut2 mak bidan yang sibuk tu tak menang tangan
pulak.
So,penting untuk reserve awal2 mak bidan yang anda mahu.
Selalunya,
orang akan berurut selama 3 hari berturut2.
Mak bidan ni akan buat lah
segala macam benda macam bertangas,
bertungku, mandikan baby, urut, pakaikan
bengkung and
siapkan kita mcm puteri sampailah last buatkan sekali dia akan buat sengkak untuk naikkan balik peranakan..
Time ni pun fN dapat jugak
tengok every single things,
dari mencari daun untuk rebusan nak mandi tu
sampailah siap urut semua. Fuhh!
Actually, mak bidan yang urutkan akak fN ni mak angkat fN. fN panggil dia "MAK"
So, selain tanya ibu, suka jugak tanya dia petua2 kampung ni
.Untuk bertangas pun, mak siap bagi petua semua daun
apa yang sesuai untuk badan.
Penting kita ni dari anak dara jaga dalaman, so
that bukan untuk elak penyakit je tapi untuk kekuatan fizikal kita jugak!
Untung jugak duduk kampung ni, nak daun2 herba semua ada
keliling rumah.
Senang sikit..hehehe
BERTANGAS DAN MANDI HERBA
APA BERTANGAS TU?
Bertangas ni mcm sauna la jugak. Tapi kita buat kat rumah guna peralatan sedia ada.
Sini, fN share macamana nak bertangas and mandi herba ni.
- Daun pokok pisang batu (kering and layu). Make sure ambil daun pisang dari pokok yang dah kering ala2 nak gugur dan rebah ke bumi. But, please jangan ambil daun yang dah gugur atas tanah tu sebab kotor dah tu. Kita, nak buat mandi kan.:) . kenapa daun pisang kering? Bak kata orang2 tua, sebenarnya nak wangi daun tu. Then, fN tanya kenapa kena yang kering? Boleh je yg biasa tu kan. Dia jawab “sebab mcm nak elak benda2 halus ni...” Wallahualam
- Daun Sireh. Haa nii kedua terpenting. Sireh sangat2 lah bagus untuk kesihatan. Nanti fN akan kongsikan kebaikan sireh tu sendiri di mana fN sendiri telah pun mencubanya dari awal lagi. Tak payah beli kat kedai2 jamu sbbnya most of the product kat pasaran tu dah bercampur bahan kimia. And ia membahayakan wanita sebenarnya. So, the original is better!
- Daun pandan
- Daun kunyit
- Daun pokok lengkuas
- Daun limau purut
- Daun durian belanda
p/s: setiap daun2 tu ada keistimewaan sendiri. yang paling penting boleh boost up energy untuk ibu2 and untuk dalaman wanita.:)
So, rebus semua daun2 ni dalam
satu periuk besar.
Untuk sessi bertangas ni, kena ada dua helai selimut tebal.
Make sure yg memang tebal sampai udara tk boleh keluar masuk.
CARA2 BERTANGAS:
- First thing first, kena ada
kerusi plastik yang mana ada celah2 lubang so that wap dari air rebusan tu
boleh sampai ke atas badan .(contoh kerusi mcm kt rumah2 orang kenduri
tu) Kerusi tu kan macam ada berlubang2 sikit dekat tempat duduk tu, so that dapatlah wap naik atas.
-Kedua, balut badan kita dengan
dua selimut tadi( time tu kita dah duduk atas kerusi ), balut badan n kepit seliput tu guna penyepit baju or ape2 je so that tkde lah dia jatuh2.
- Letak periuk air rebusan tu dibawah kerusi. time ni memang kita perlukan bantuan sesiapa je, selalunya mak bidan akan buatkan. kalau mcm fN nak buat sendiri, kena letak periuk siap2 then kena balut sendiri badan dgn selimut tebal tu. takdak sapa nak tolong. please fN jangan mengada.T_T)

No comments:
Post a Comment