BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM....~ASSALAMUALAIKUM~..

Saturday, August 29, 2015

Jom Jalan2 di Melaka: Tempat2 menarik sekitar Melaka

Assalamualaikum, 
so entry kali ni suka untuk fN share la serba sedikit keindahan bumi hijau Melaka. 
Asyik pergi negeri orang, tak sedar negeri sendiri pun belum sempat jelajah habis.hehe. 
Actually fN ni memang kaki jalan, plus suka sangat tempat2 yang ada unsur2 kesenian, 
alam semulajadi and paling penting tempat tu bebas dari hiruk pikuk manusia.


Melaka ni mmg banyak sgt tempat jalan, nice view untuk photoshoot and so on. 
Antara tempat2 familiar adalah seperti;

 A Famosa
Dataran Pahlawan
Banda Hilir
Jonker Walk
 Malacca River Cruise 


Uishh, banyak sangat tempat2 bersejarah kalau nak list kan
belum termasuk lagi masjid, sungai, makam diraja, perigi Hang Tuah. bla..bla..bla
Untuk orang luar yang datang Melaka, please lah spend time lama sikit sebab sehari nak berjalan mmg tk puas!
hihiks!



So, pada hari tersebut fN plan nak pergi Taman Mini Malaysia&Asean untuk throwback sejarah2 lama and menikmati keindahan seni. 
Best untuk sesiapa yang minat dengan hasil seni ni. 
 for those yang mcm takde perasaan seni ni mungkin rasa macam takde feel kann. 
ye la setakat tengok rumah2 setiap negeri je pun
dalam hati mesti  cakap 
"wei, ape yang seninya weii. tu yang aku duduk tu pun rumah jugak. celah mana seni!"
haha
but not fN. siap request nak rumah kampung mcm tu .haha
setiap rumah nak masuk, hayati keindahan seni
dalam hati ." i wish that this house will be mine one fine day"(berangan lah kau!)


HARGA TIKET?

Dari segi ticket price, so far mmg affordable lah. 
Untuk dewasa, RM18. Kanak2 RM12 (with mycard). 
Untuk tourist(without mycard)
a bit different lah. 
tak silap fN dia charge around RM21 for adults and RM15 for children.

*price will be changed from time to time.



AKTIVITI DI TAMAN MINI?

So, kalau korang datang sini..korang boleh tengok tarian kebudayaan pelbagai negeri. 
Ada dua session, on 11 a.m and 2 p.m.
penting untuk rancang masa kalau betul2 nak tengok okay!

Then, ada juga orang2 yang buat kuih tradisional and jual dekat situ.
Jangan pelik kalau masuk mana2 rumah nampak makcik2 tengah duduk bersila buat kuih kapit ke apa.
tu betul manusia, bukan hantu.hahaha
karang ada yang berlari pulak terkejut.
makcik2 tu ambil peluang menjana pendapatan, tp okay what. kalau teringin rasa kuih tradisional panas2 boleh terus cuba okay. 
tp, bukan free tau!hehe


For those yang berminat untuk menunggang kuda pun ada jugak. bayaran around RM10-15 :)



FASILITI?

  • Surau
  • Tandas
  • Galeri menjual alatan seni
  • Kedai jual minuman dan makanan ringan



jom fN belanja tengok gambar2 !



RUMAH PERLIS




RUMAH KEDAH
bergambar di pelamin (RUMAH KEDAH)

LEPAK SANTAI MINUM2..(nampak tak ada orang berniaga tu?)

RUMAH SELANGOR. 


 RUMAH SELANGOR(ruang bersantai)

RUMAH SELANGOR(dapur)

RUMAH TERENGGANU

RUMAH SABAH. (comel kan?)hehe

RUMAH SABAH(dalam)

view dari titi. tenang je duduk lepak sini!

RUMAH SARAWAK (satu2nya rumah yang dipagar tak boleh masuk.ohh ruginya!)



Alright!sekian sahaja dari fN.
Jangan lupa sesiapa yang jalan2 Melaka singgah sekali RESTORAN PAK PUTRA dekat area jalan Kota Laksamana!(sila lah waze.haha)
 Roti naan cheese dia pehhhh tangkap leleh
terbaik! selalu buat fN craving.


Nak jalan area2 lain sekarang banyak tempat dah!
yang terbaru ni THE SHORE (ada SKYTOWER yang tinggi gila nak mati.haha boleh nampak view 1 Melaka)
, PANTAI KLEBANG, DATARAN 1 MALAYSIA,
and so on.



SELAMAT BERGEMBIRA! 


1 comment: